Tuesday, April 29, 2008

Rancangan perniagaan / Business Plan


QuoteRancangan perniagaan juga dikenali sebagai kertas kerja perniagaan atau kertas kerja pinjamanperniagaan. 90% mereka yang menyediakan rancangan perniagaan adalahkerana ingin memohon pinjaman (bila nak memohon pinjaman baru kelamkabut nak cari konsultan), tetapi sebenarnya mereka ini tersilap

Matlamat rancangan perniagaan :

Rancangan perniagaan yang disediakan mempunyai beberapa tujuan seperti berikut :-

sebagai Garis Panduan Untuk Menguruskan Perniagaan
Rancanganperniagaan boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam menguruskanperniagaan. Rancangan perniagaan biasanya menunjukkan langkah-langkahyang akan dijalankan oleh pengurus perniagaan. Pihak pengurusan akanmenerangkan kandungan rancangan perniagaan untuk mewujudkan pemahamanmengenai tugas-tugas mereka dan juga akan melahirkan perhubungan yangbaik antara majikan dan pekerja.

Meyakinkan Pihak Tertentu Terhadap Idea Perniagaan
Rancanganperniagaan merupakan satu alat perhubungan bagi seseorang usahawanuntuk menjelaskan sesuatu projek yang ingin dijalankan kepada pihaklain. Melalui rancangan perniagaan ini ia dapat meyakinkan pihak yangingin membantu menjayakan projeknya. Pihak yang terlibat termasuklahpelabur, syarikat kewangan dan bank.


Mengkaji Dan Menilai Kemajuan Dan Prestasi Perniagaan

Rancanganperniagaan, adalah alat pengukur daya maju sesuatu projek. Rancanganperniagaan menggambarkan analisis yang dibuat untuk menunjukkan potensidan daya maju sesebuah perniagaan. Dengan berbuat demikian ia juga akanmengelakkan berlakunya pembaziran modal, masa dan tenaga
.


sumber : http://www.rancanganperniagaan.net/

No comments: