Wednesday, April 30, 2008

Rasuah : Satu Analisa

Jadual di bawah adalah menunjukkan penangkapan yang dilakukan oleh BPR dari tahun 2003-2007.
Sumber : http://www.bpr.gov.my/cda/m_info/sta_main.php?year=2008

Dari graf tersebut, dapat kita lihat bahawa bilangan tangkapan tersebut secara unjurannya meningkat secara linear. Semakin besar populasi rakyat Malaysia, semakin meningkatkan perlakuan rasuah jika berlandaskan kepada jumlah tangkapan tersebut.

Kalau boleh, minta pihak BPR untuk tunjukkan statistik bilangan individu yang telah dijatuhi hukuman rasuah...


Sedikit Info Pasal Rasuah

Quote
Takrif Suapan
  • wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
  • apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan
    apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
  • apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,
    obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
  • apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
  • apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
  • apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada
    apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri
    atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib,
    sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk
    penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau
    apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
  • apa-apa
    tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat,
    untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a)
    hingga (f) yang terdahulu;



Quote
Kesalahan Rasuah






Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana
orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima
suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan
atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan
transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan.










Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana
orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima
suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan
atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan
transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan.










Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana
orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada
prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya
mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya
mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan
prinsipal/majikannya.








Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana
pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat
suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan
dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara
maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak
langsung.


sumber : http://www.bpr.gov.my/cda/m_perundangan/c_kesalahan.php

No comments: