Wednesday, April 30, 2008

Pendaftaran syarikat


QuotePENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU (ENTERPRISE)


Perniagaan meliputitiap-tiap trade, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion @aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkankeuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan @ pengajian @ apa-apapengusahaan amal @ apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual (Seksyen2) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956;

Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di SSM:


· Perniagaan Milik TunggalPerniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pekilik (Nama seperti nama trade @ di kad pengenalan)


· Perniagaan PerkongsianPerniagaan dimiliki oleh 2 @ tidak melibihi daripada 20 rakan kongsi



A. Prosedur Pendaftaran



1- Dapatkan kelulusan nama perniagaan (jika menggunakan nama tred) yang dicadangkan daripada SSM.



2- Lengkapkan boring A (Pendaftaran Baru Perniagaan) dengan mengisi maklumat-maklumat berikut:




  • Nama Perniagaan

  • Jenis Perniagaan

  • Tarikh Mula Perniagaan

  • Alamat & Tempat Perniagaan

  • Cawangan Perniagaan

  • Maklumat Pemilik

  • Bagi Perkongsian lampirkan perjanjian perkongsian (jika ada)



3- Setiap pemilik mesti menandatangani Borang A yang lengkap di hadapan Pegawai Pengesah yang disebut dalam boring



B. Syarat-Syarat



1- Warganegara Malaysia


2- Penduduk Tetap


3- Berumur 18 tahun ke atas


4- Sertakan Borang A yang lengkap bersama dokumen berikut:



· Kelulusan nama perniagaan


· Salinan kad pengenalan


· Salinan perjanjian perkongsian (jika ada)


· Permit, lessen, surat kebenaran @ surat sokongan dari agensi lain (jika ada)



5- Daftarkan perniagaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perniagaan dimulakan


6- Jenis perniagaan tidak menyalahi undang-undang



C. Fee (Yuran) Pendaftaran



1- Perniagaan milik tunggal (nama mengikut kad pengenalan) RM 30.00


2- Perniagaan milik tunggal & perkongsian menggunakan nama trade RM 60.00


3- Pendaftaran cawangan RM 5.00 setiap cawangan


4- Cetakan maklumat perniagaan RM 10.00



D- Panduan Am



1- Pemilik perniagaan mestilah mengemukakan sendiri permohonan di pejabat Suruhanjaya yang terdekat atau hantar melalui pos



Sumber Rujukan: Kit Panduan Perniagaan Milik Tunggal/Perkongsian (Enterprise)


Laman Web Rujukan: www.ssm.com.my





sumber : http://syedhafidz.com/category/syarikat

No comments: