Monday, March 30, 2009

Mobile Income

Teman tak pasti berapa ramai yang mengetahui kewujudan perniagaan sebegini di kalangan internet surfers.

Mengikut empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ini, ramai yang memandang negatif terhadap perniagaan yang beliau usahakan. Kesimpulan dari input beliau adalah ramai orang kita bersifat PHD ( http://theministryofmind.blogspot.com/2008/07/perasaan-hasad-dengki-phd.html )

Dari satu perspektif pula, input dari pengamatan internet pula mendapati ramai jugak dikalangan orang kita yang mengecam secara peribadi dan perniagaan empunya blog http://www.zubiryahya.com/. Rata2xnya mengatakan rugi/ditipu apabila menjadi usahawan bagi Mobile Income ini.

Dalam isu rugi apabila menjadi sebahagian dari komuniti Mobile Income ini, ianya adalah satu bentuk perniagaan. Dan lumrah dalam perniagaan ada untung ..ada rugi. Teman takde fact & figure terhadap berapa ramai yang berjaya dan gagal dalam perniagaan jenis ini. ( Nanti teman cuba request dari empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ). Cuma apa yang teman nak tekankan kat sinie, tak semua orang sesuai untuk menjalankan semua jenis perniagaan. Bukan rezeki la maknanya tue...

Dalam isu ditipu pula, pada pendapat teman, jika kita bersikap profesionalisma sewajarnya kita menggunakan pendekatan berhemah dalam menangani segala bentuk penipuan dengan menggunakan pendekatan undang2x. Teman bukan memenangkan empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ini, tetapi saluran kita terbuka luas untuk menangani isu2x seperti ini. Sebagai contoh, buat saja laporan polis. Nak lebih cantek..lantik peguam dan buka fail saman terhadap syarikat yang mengendalikan Mobile Income. Ataupun laporkan kepada kementerian hal ehwal pengguna.


Mudah bukan...
Bak kata Nabil..lu fikirlah sendiri....

No comments: