Thursday, May 21, 2009

Sikap pegawai kerajaan

Masa : 11:20 pagi
Tarikh : 20 Mei 09

Berikut adalah ym saya kepada pegawai incharge bagi penggunaan makmal yang dipertanggungjawabkan bawah beliau.

hr: |ys|..
|ys|: mende?
hr: tadi rumah media call..
|ys|: nape?
hr: ada company nak usha lab multimedia kat sana
|ys|: dh tuh?
hr: diorang ada kat rumah media
|ys|: meh le jumpe kite kat k-eko
|ys|: soh je dorng dtg sini
|ys|: xkan kite nak dtg
hr: diorang nak tengok environment lab
|ys|: org tu dari jabatan ne?
hr: company ..
|ys|: klu die nak tgk
|ys|: dtg jumpe org dulu ler
|ys|: byk cntek muke

hr: k..
hr: aku beritahu kat orang sana begitulah

wajarkah begitu?

26 comments:

biskutmayat said...

kakitangan kerajaan memang begitukah? seolah olah mereka tiada di beri latihan khidmat pelanggan. Merasakan diri mereka sahaja yang betul dan bagus. saya akan tolong war-warkan isu ini kepada pihak atasan.

penggunaan YM sewaktu bertugas juga perlu diberi perhatian. memandangkan talian telefon telah tersedia ada.

menggunakan internet dan melawat laman web yang tiada berkaitan dengan tugasan juga perlu di ambil perhatian.

etika kerja perlu disemak semula.

eiza in the house.. said...

sy bukan kakitangan kerajaan..tp klu sy dtg sbg pelawat seharusnya pihak tuan rumah kenelah beramah mesra dgn kami..bukan tpt kami utk terjah ikut sesuka..

Minister Of Mind said...

biskutmayat <- thanks for comment

saya quote balik TEKS ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya iaitu :

"
Ukuran produktiviti secara konvensional hanya memberikan kita penambahbaikan secara bertokok (incremental), manakala jika digabungkan produktiviti dengan kreativiti dan inovasi, ia akan memberikan kita penambahbaikan secara anjakan berganda (quantum leap).

...
...

Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau dibakulsampahkan hanya semata-mata ia tidak konvensional. Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global maka budaya pemikiran di luar kotak kebiasaan perlu menjadi norma harian dan rutin bukannya kepelikan. Barulah nanti wujud persekitaran kerja yang dinamik lagi bertenaga dan berdaya saing.
"

quote diatas adalah memberi penerangan berkenaan
"
penggunaan YM sewaktu bertugas juga perlu diberi perhatian. memandangkan talian telefon telah tersedia ada.

menggunakan internet dan melawat laman web yang tiada berkaitan dengan tugasan juga perlu di ambil perhatian.
"

harap maklum..


eiza in the house<- yep..you're right..customer come first

Anonymous said...

perasan bagus en. hakmal ni. kerja dia satu pun tak jalan. lari daripada tugas itu sikap dia. hari hari mengadap blog. Kerja tak jalan.

BaTiK_PiNk said...

jangan disebabkan perangai seorang pegawai kerajaan, semua penjawat awam dituduh sebegitu...itu tidak adil sebenarnya.

tak dinafikan memang ada penjawat awam yang kurang dari segi etika khidmat pelanggan mereka, bukan kurang ajar, cuma tidak di'polish' budaya budi bahasa dalam diri mereka.

saya juga penjawat awam, saya juga pernah jadi orang swasta..dan saya dah banyak berdepan dengan karenah birokrasi penjawat awam dan sikap skeptikal org swasta terhadap org biasa macam saya. sama sahaja, tak ada bezanya.

dengan mengatakan org kerajaan kurang hajar dan tidak mesra pelanggan tidak menjadikan pihak swasta sentiasa pilihan terbaik bila kita mempertikaikan sistem khimat pelanggan terutamanya di Malaysia.....itu hakikatnya.

kepada owner blog;
to have peop's respest, us must respect them at the first place....

Anonymous said...

hahaha... rasakan en.hakmal... PERASAN BAGUS SANGAT... DIA AJE YG BETUL...

normah said...

persoalan di sini ialah...

wajarkah begitu?

apahal k-eko pulak yang kena entertain? bukan pihak di rumah media ke yang sepatutnya?

zaman sekarang senang... calling calling aje... susah nak jumpa.. karenah tol

normaLINA said...

hr: |ys|..
|ys|: mende?
hr: tadi rumah media call..
|ys|: nape?
hr: ada company nak usha lab multimedia kat sana
|ys|: dh tuh?
hr: diorang ada kat rumah media
|ys|: meh le jumpe kite kat k-eko
|ys|: soh je dorng dtg sini
|ys|: xkan kite nak dtg
hr: diorang nak tengok environment lab
|ys|: org tu dari jabatan ne?
hr: company ..
|ys|: klu die nak tgk
|ys|: dtg jumpe org dulu ler
|ys|: byk cntek muke
hr: k..
hr: aku beritahu kat orang sana begitulah

wajarkah begitu?

ada kah isu salah menyalah dan menghentam pejawat kerajaan di sini?

pelik
dunia dunia

tanya lain jawab lain...

Anonymous said...

bagus² tahniah kerana anda telah berjaya membuka keburukan organisasi tempat anda bekerja sendiri..

lepas nie kalau ade orang tanya keje kat mane bgtau, pastu org pun jawab o0o0o yang byk masalah tue ea.. yg gaduh sesama sendiri ea... lagi satu setahu saya anda pun pegawai kerajaan jadi anda pun bermasalah la ya...

bagaimana pulak dengan isu anda pergi menguruskan urusan peribadi tanpa maklumkan kepada admin, cth anda sendiri nyatakan ambil lesen motor, tapi tidak apply cuti..

pendek kata sebelum tuding jari kat org lain tgk diri sendiri...

klu dah teruk sangat keje kerajaan , mulakan perniagaan anda sendiri, berhenti keje kerajaan.. kan senang..

saya rasa tidak sukar untuk encik mencari kerja lain memandangkan encik seorang pekerja yang berdedikasi, amanah, prihatin, bertanggungjawab, masuk kerja tepat pada waktunya, boleh kerja berkumpulan.. saya rasa tiada masalah.. satu lagi cadangan saya rasanya baik anda tidak letakkan nama organisasi tempat anda bekerja sebabnya orang lain masih nak cari makan, jangan pasal orang lain semua dapat padah..

mamat said...

beb..aku rasa kalo ko nak xpuas hati dgn sapa2 ker or nk komplen ttg org tue..ko ckp depan2 lah,,,xpayah nk tulis dlm blog..berdepan lg bagus..komunikasi 2 hala...biasanyer org yg suka pendam2 nie then luahkan dlm blog perasaan mereka nie.. org nie ada syndrom syok sendiri..rasa diri dia paling hebat... d'great person.."akulah paling bagus, paling hebat"...hmmmm...!!!

Anonymous said...

SESIAPA YANG TAK PUAS HATI CERITA LAH DEPAN DEPAN... TAK PAYAH SAMPAIKAN PADA NOR*** KE...

BaTiK_PiNk said...

WOOOO...nape nak libatkan nama orang lain nih?
kalau jujur, jangan datang dan bagi komen sebagai anonymous.

dah la..bak kata amarmilan, tak baik kita panjang-panjangkan cerita.cari semula dasar masalah, perbaiki kesilapan...dan teruskan kehidupan!

Anonymous said...

kalau jujur kan?.. mereka jujur ke?... mereka libatkan nama orang lain tak pe?... untuk mendapatkan nama.. untuk tujuan dan kepentingan sendiri... sanggup!!!

orang dalaman sendiri di pangkah... takut... rahsia di korek.. burukkan nama orang lain... "nama orang tu" dah busuk lama... ct dan paat ingat "orang tu" tak tau siapa yang baling batu sorokkan tangan...

saya tak nampak pun entry ini memburukkan orang... cuma bertanya wajar atau tidak...

mana owner blog...
JAWAB... JANGAN BERDIAM DIRI

Anonymous said...

MASALAH DATANG DARI MEREKA YANG GILA KUASA...

norman said...

emm..apekate korang pergi tengok Hagemaru (10 Perangai Buruk terbaik minggu ini). dah2.

pergi masjid, ambil air sembahyang, sure hilang marah2 ni...

benda kecik pun nak besar2 kan..sampai mati pun tak habes! salam cepat! cium tangan...

norman junior said...

nanti kita pergi zoo Melaka, kita tengok beruk,kambing,buaya...ok?

Minister Of Mind said...

BaTiK_PiNk said:
jangan disebabkan perangai seorang pegawai kerajaan, semua penjawat awam dituduh sebegitu...itu tidak adil sebenarnya.
<-rasanya tajuk entry nie patut diubah. bukan "Sikap pegawai kerajaan" yang patut diletak... tapi letak "Sikap pegawai kerajaan yang bernama ***** bernombor ic **** ". Baru jelas dan lebih spesifik.

Anonymous said: ("hahaha... rasakan en.hakmal... PERASAN BAGUS SANGAT... DIA AJE YG BETUL..." ) <- dia kata aku plak bagus sangat.

normah said: (apahal k-eko pulak yang kena entertain? bukan pihak di rumah media ke yang sepatutnya?)
<- kunci lab sape pegang da?

normaLINA:
<-isu kat entry nie adalah "pelanggan harus diutamakan". Bukan tunggu pelanggan hadap individu tersebut.

Anonymous said:
(bagus² tahniah kerana anda telah berjaya membuka keburukan organisasi tempat anda bekerja sendiri..)
<- sape suruh korang create "tahi".

Anonymous said:
(bagaimana pulak dengan isu anda pergi menguruskan urusan peribadi tanpa maklumkan kepada admin, cth anda sendiri nyatakan ambil lesen motor, tapi tidak apply cuti..)
<- nak maklum kepada admin hape ..kalo dia sendiri kurang ajar. Kalau aku save sms/surat yang dia tulis sendiri atas kertas suka2x kata bodoh...dah lama aku tempek kat sinie. Kasi korang semua tahu. Maybe sifat aku yang lembut, aku abaikan aje kata2x/tulisan dia yang kurang ajar itu.Dia punya kurang ajar aje yang bleh..aku punya kurang ajar nak letak mana? kat taman buaya..?mamat<- aku dah letih untuk berkomunikasi / bertegang urat ngan korang.tak puas hati..gaduh... kalo itu bleh naikkan nama organisasi ..aku tak kisah. Tapi..dari dulu sampai sekarang..lagi macam bangang.. aku dah letih.. aku dah boring dengan politik korang. Biar semua orang tahu..let them judge. Bak kata pucuk pimpinan. Kerajaan, parti dan rakyat. Let the people know. Aku tak kata...pucuk pimpinan yang kata.

Anonymous said:
(NAPE TAK DEPAN DEPAN.. NAPE BURUKKAN BELAKANG BEB...)
<- aku pun tak pasti kenapa mereka bersandiwara sebegitu rupa... aku masih ingat lagi apa yang "dia" cakap. If they can play like that, i got my own style to play. Takkan diorang terjun lombong aku pun nak buat perkara yg sama kan...

BaTiK_PiNk said<- the people inside play politics. Takkan ko tak tahu...ke..ko pura2x tak tahu... Kalau "politik" itu sendiri bleh memajukan komuniti itu sendiri ..aku tak kisah.

Anonymous said:
kalau jujur kan?.. mereka jujur ke?... mereka libatkan nama orang lain tak pe?... untuk mendapatkan nama.. untuk tujuan dan kepentingan sendiri... sanggup!!!
<- ape nak buat.. itu style diorang..

norman said<- ahaks...

norman junior said<- aku nak tengok ariapama.

Normah said...

status YM:
klu xsuke keje di Melaka..berambus je r..wat sakit mata aku jerk!!

dah dah... takkan lah ko kena sikit dah nak melatah... patutnya terima lah dengan hati yang penuh terbuka...

teguran membina kan... bukan hentam ko pun... perempuanzzzzzzzz...cepat sgt melatah!!!

Minister Of Mind said...

Normah<- sakit mata dia je yg dia ambil kisah. sakit mata aku cammane? nak letak kat ikan bakar pernu?

n00b said...

sukati la owner nak tules ape pun. korang jeles sangat nape? ko mesti kenal dengan owner blog ni kan. tapi pesal x berani ckp depan dia sendiri?

kalau korang x puas ati dgn dia, ckp la depan2. nampak sangat korang tak berani kan? letak nickname pun "Anonymous". jadah apenye.

aku? aku bkn tempat keje korang. ape adehal. hahaha.

Minister Of Mind said...

n00b<- he3x..terima kasih ..

Pn Rohana said...

|ys|: org tu dari jabatan ne?
hr: company ..
|ys|: klu die nak tgk
|ys|: dtg jumpe org dulu ler
|ys|: byk cntek muke

kepada ys, anda bertanyakan "org tu dari jabatan ne?",

persoalan saya adakah hanya pihak pihak tertentu yang perlu di segerakan? kalau dari jabatan perdana menteri, adakah tidak perlu mengarahkan pihak yang ingin membuat kunjungan berjumpa dengan cik/encik/puan/tuan ys terlebih dahulu?

apakah ada amalan double standard dipraktiskan?

saya sedang mencari rumah media melaka dan terjumpa dengan artikel ini di blog ini dan juga blog di bawah


http://ligakampung.com/blog/tag/rumah-media-melaka/
kalau cik/encik/puan/tuan ys tidak keberatan sila maklumkan kepada saya bagaimana saya perlu menghubungi secara terus dengan cik/encik/puan/tuan ys.

Minister Of Mind said...

Pn Rohana<- terima kasih ..

Minister Of Mind said...

kepada anonymous yang menaip :

bagaimana pulak dengan isu anda pergi menguruskan urusan peribadi tanpa maklumkan kepada admin, cth anda sendiri nyatakan ambil lesen motor, tapi tidak apply cuti..

isu ini telah dibangkitkan... kenapa anda tidak mengemaskini data? Surat telah dihantar dan di SK kepada SUK. masalah lagi ke dengan Surat Tunjuk Sebab?

Adakah anda tidak membaca Entry post tersebut memandangkan pihak kawalan network telah block entry tersebut?

sekiranya perlu saya boleh tolong SK kepada anda sekali... mahu kah?

CopyPaste said...

Tuesday, January 20, 2009
Siri Pemimpin Lemah- Bahagian 1 : Kroni, kurang profesional dan pemimpin yang ‘dipimpin’

Beberapa minggu saja lagi, kerusi Presiden Amerika Syarikat akan bertukar pemilik. Masyarakat seluruh dunia bersorak dengan kemenangan Barack Hussein Obama pada pilihanraya yang lalu menewaskan calon lawan yang tidak kurang popularnya. Di sebalik sorakan tahniah kepada Obama, yang mengharapkan beliau dapat membawa perubahan kepada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, namun sangkaan itu sekarang ini diragui kerana Mr. Obama menyatakan yang dia akan mengundurkan tentera dari Iraq, tetapi tidak menyatakan pendiriannya terhadap negara Palestin yang sekian lama dipijak. Begitu juga dengan apa yang kita lihat terjadi di Malaysia rakyat sukar untuk membuat pilihan untuk memilih barisna pimpinan negara. Hendak menyokong kerajaan, penuh dengan isu rahsuah dan kroninya, hendak menyokong yang di sebelah sana, penuh dengan pelbagai skandal agen negara luar dan meminta duit Yahudi.

Jika di dalam organisasi yang besar sebegitu rupa sekalipun masih terdapat banyak kelemahan, inikan pula di dalam organisasi kecil yang penuh dengan ahli pimpinan yang kurang pengalaman, tetapi berlagak seperti mempunyai skil kepimpinan yang amanah, adil, bersih dan cekap walaupun sebenarnya tidak. Banyak faktor yang mendorong perkara seperti ini berlaku, antaranya apabila pemilihan pemimpin dibuat berdasarkan lantikan, bukan pemilihan. Antara kelemahan pemilihan pemimpin melalui cara lantikan adalah masyarakat tidak kenal dan tidak pernah tahu, buktinya, jika seseorang itu kurang melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat dan orang ramai tidak mengenalinya, maka sekiranya beliau diangkat menjadi pemimpin secara lantikan, pasti ramai yang kurang tahu caranya untuk melaksanakan tugas.

Kebiasaannya, pemimpin yang dilantik dengan jalan ini adalah kerana dikenali oleh ahli jawatankuasa tertingi, mungkin teman rapat atau kerana mempunyai kepentingan tertentu. Tidak salah untuk memilih pemimpin secara system kroni, asalkan orang yang dilantik itu memang pakar dalam bidang dibawah pimpinannya. Tetapi, alangkah malangnya sekiranya orang yang dilantik itu tidak mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik. Hendak bercakap di depan majlis yang dihadiri puluhan pendengar pun sudah menggelabah, tidak pandai mengambil hati, berlagak ‘macho’, berat sebelah, mana mungkin orang yang sebegini mampu menjadi pemipin yang baik. Jika diberi tugasan, langsung tidak cekap, kurang teliti, membuat keputusan terburu-buru, dan akhirnya apabila berlaku kesilapan, tidak mahu bertanggugjawab. Apakah jenis manusia yang mempunyai sifat munafik sebegini? Di depan orang punyalah baik, ke sana ke sini membawa mesej kebenaran kononnya, tetapi dalam waktu yang sama, membuka aib orang, perasan bagus dan berperasaan tidak ada orang lebih bagus dan baik daripadanya.

Minister Of Mind said...

CopyPaste <- thanks ..copy paste