Tuesday, May 26, 2009

Yahudi di Iran.

Baru je lepas tengok rancangan "Don't Tell My Mother" di Astro pagi2x buta.

For me..i think it is a good documentary. Sorang mamat pegi menjelajah negara2x seperti Bosnia dan Iran sebagai contoh.

Anyway... teman baru je lepas tengok mamat tue pegi round2x Iran. Tue pun nak hujung2x rancangan.

Ada yang menarik dan hendak dikongsikan dalam entry kali ini.

Kita semua maklum bahawa agama teras di Iran adalah Islam. Sapa tak kenal mamat dalam gambar kat bawah



Seseorang yang lantang mengkritik dasar Israel yang tak sudah2x menumpahkan darah di tebing barat.

Tetapi..tahukah korang semua... di Iran itu sendiri yang kita pikirkan komunitinya pakai purdah dan sebagainya yang kita pikirkan kuat dengan Islam itu sendiri... tinggal penduduk Yahudi terbesar yang bergembira tinggal di negara Iran bercampur gaul dengan penduduk2x yang lain.

Erkk...pelik bukan. Kebebasan kehidupan mereka dalam kehidupan seharian langsung tiada diskriminasi. Rumah ibadat diorang...ada 25 di Tehran. Even mereka mempunyai kitab taurat ... Dalam kedudukan politik pula, wakil mewakili bangsa Yahudi diberikan tempat di dalam parlimen seperti parlimen di Malaysia. Dalam bidang perniagaan, takda diskriminasi langsung. Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja di bumi Iran. Even wakil yahudi parlimen itu tidak setuju langsung dengan apa yang dilakukan oleh Israel.

Sah...teman mmg duduk di katak bawah tempurung. Manakan tidak.... kalau sebut sahaja orang Yahudi..ada perasaan benci meluap2x kepada mereka seperti bencinya kerana mereka ganyang penduduk palestine.

Tak silap teman..kerajaan Malaysia haramkan orang Yahudi untuk datang ke Malaysia. Erkk?? Negara iran yang kita anggap Islam itu sendiri takde masalah dengan penduduk yahudi... kenapa kita pula mengamalkan double standard. betulkan persepsi teman tentang perenggan ini.

Kita kat belah nusantara ini sendiri..meletakkan persepsi negatif jika sebut pasal Yahudi. Sebut je yahudi..muka kita akan "senget".

Nampak sangat media barat mencanang sesuatu yang tidak betul dengan Iran. Dan kita di Malaysia ..dok nganga aje apa yang disuapkan oleh media mereka.

Aduh...nampaknya teman kena mengembara di bumi ini untuk menyumbangkan pengetahuan orang Melayu yang memakai songkok / berbaju Melayu. Ada sapa2x nak sponsor??

Monday, May 25, 2009

I'm proud have own blog

Teman rasa bangga dengan blog teman kerana setiap rakaman waktu/perkara yang telah teman rakamkan digunakan oleh pihak yang satu lagi.

At least my own resource digunakan oleh pelbagai pihak. Antara yang teman notify adalah seperti di gambo bawah.


1. Lokasi web : http://neurmaya.fotopages.com/
Entry artikel teman sblm ini : http://theministryofmind.blogspot.com/2009/05/lecture-aku.html


2. http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=112129&page=108
Entry artikel teman sblm ini: http://theministryofmind.blogspot.com/2009/03/example-of-ethic-person.html

p/s - it's my own little effort to share the knowledge

Sunday, May 24, 2009

Mempersoalkan aku buat keja laen

Ahaks..kekadang kelakar jugak bile ada "suara" mempersoalkan teman keja luar.

Si nathan ( dulu keja PSM ..jadi ejen insuran )...takde plak sape2x nak mempersoalkan?

Ahaks..kelakar betul..

Mandi Manda Di Taman Buaya Melaka?

Dulu..korang hanya boleh skodeng buaya sahaja..

sekarang...ha3x..korang bleh berenang mandi manda bersama keluarga dalam taman boya tue.. RM 10 hengget sahaja..






kim salam eh kat mr crocodile eh..kepada sape2x yg dah pegi sana..

Cendol Sedap

Nak makan cendol sedap kat Melaka?
Korang bleh sebat dekat bukit china Melaka.
Rojak dia pun sedap gak...



Sambil makan..kim salam kat "ah cong" yang "stay" sebelah meja tue yea..he3x..

Saturday, May 23, 2009

Makanan : Kedai Burger Depan AM Bank Melaka Raya

Lokasi kedai: depan AM Bank Melaka Raya ( gerai tepi longkang )



Burger macam gambar atas - 2 pinggan
Kuew Tiaw Goreng - 1 pinggan
Ayer Milo - 1 cawan
Ayer Teh O - 1 cawan
---------------------------------------
Harga Keseluruhan RM 14 lebih.

Berbaloi?

Kiosk



Berapa harga pembekal untuk kiosk macam nie eh?

Friday, May 22, 2009

Wang VS Pengetahuan

Nak pendapat korang.... kalau antara $$ dengan pengetahuan mana KEUTAMAAN DULU. Tidak mahu dengar dua2x sama penting sebab... kalau dalam kiraan angka.. nombor 2 kemudian dari nombor 1. So..gitulah dalam hal ini

Hari itu borak2x dengan seorang rakan.

Keutamaan dia dalam kehidupan dalam meneruskan kelangsungan hidup ialah $$$ dulu berbanding pengetahuan.... $$$ is priority? Betulkah?

Thursday, May 21, 2009

Sikap pegawai kerajaan

Masa : 11:20 pagi
Tarikh : 20 Mei 09

Berikut adalah ym saya kepada pegawai incharge bagi penggunaan makmal yang dipertanggungjawabkan bawah beliau.

hr: |ys|..
|ys|: mende?
hr: tadi rumah media call..
|ys|: nape?
hr: ada company nak usha lab multimedia kat sana
|ys|: dh tuh?
hr: diorang ada kat rumah media
|ys|: meh le jumpe kite kat k-eko
|ys|: soh je dorng dtg sini
|ys|: xkan kite nak dtg
hr: diorang nak tengok environment lab
|ys|: org tu dari jabatan ne?
hr: company ..
|ys|: klu die nak tgk
|ys|: dtg jumpe org dulu ler
|ys|: byk cntek muke

hr: k..
hr: aku beritahu kat orang sana begitulah

wajarkah begitu?

Hari Belia Peringkat Kebangsaan

Tarikh : Mei 09
Lokasi : MITC Melaka



Wednesday, May 20, 2009

Pembangunan Infrastruktur VS Pembangunan Sumber Manusia ( Modal Insan )

Pembangunan infrastruktur nie ibarat kita bina rumah.. Ambik simen..ambik batu bata.. susun elok2x..jadilah rumah.

Pembangunan Sumber Manusia ( Modal Insan ) plak adalah bina pengetahuan individu. Makin pandai orang itu..makin baguslah orang dalam rumah itu.

Jadi..nak tanyalah pada korang semua.. mana patut ditumpukan dulu... pembangunan sumber manusia kepada rakyat ke... atau pembangunan infrastruktur kepada rakyat?

Pengguna Internet di Malaysia


Sumber : Komunikasi & Multimedia Fakta & Angka Terpilih Q4 2008

Nampaknya orang stay kat KL mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Mana taknya..sebanyak 53.9% subscribe for broadband sedut pengetahuan melalui internet.

Yang paling cokia sekali..adei.. orang yang stay kat Kelantan..adeh..

Kalo kite usha kemajuan orang malaysia yang akses broadband menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu 21.1% (tahun 2008) berbanding 15.2% pada tahun sebelumnya.
So..21.1% dari keseluruhan populasi kat Malaysia nie guna internet.

Kesimpulan

  1. Kalo usha dari peningkatan antara 2 tahun tue..teman rasa..nak capai atas 50%...teman rasa..pada tahun 2013 baru capai kot.
  2. Masih banyak lagi ruang kepada sape2x nak promote barang/perkhidmatan dalam talian kerana bilangan pengguna internet menunjukkan peratus kenaikan yang baik.
  3. er..korang tambah lah lagi..teman tak bleh nak pikir..

Van


what?
Keta terbakor..

how?

why?

who?

when?
perasan pada 19 mei 09

where?
jalan menuju ke jalan ayer keroh lama dari MITC ayer keroh Melaka
20 May ( 7.36mlm)
"bro..dah 20 hb nie.. tinggal 11 hari je lagi nak masuk bulan xtiviti candat
hr: hb tak letak lagi nie..
hr: kalo ada masalah sila beritahu..supaya yang nak join tue bleh diberitahu awal2x"

Tuesday, May 19, 2009

Lecture Aku

Sedang bersiap2x nak pegi keja pada jam 8 pagi..tetiba mataku terpaku dengan visual dibawah.

Eh..? Nie..lecture animasi aku merangkap sifoo camera bagi persatuan fotografi time aku belajo kat UTM nie..

Wa..dah masuk tb la dia sekarang... Tunjuk power camera dan fotografi tue...hu3x...

Tunjuk ajarku sifoo....





Dengar kata dia dah buka biz sendiri..betulke?

Rujukan : http://www.neurmaya.com/

Masalah Orang Pandai dan Masalah Orang Bodo

takrifan orang pandai disini = yg ada degree,master,phd yg nak memperbodokan orang laen/nak dirasakan power.

takrifan orang bodo = orang yang tak tahu tentang pengetahuan laen.

Orang pandai ...yang mengikut takrifan diatas, selalu sangat gunakan term yang ntah...orang laen terkial2x nak faham.

Orang bodo..... dah la bodo... hanya perkataan "AaaaAAa..." sahaja bile orang pandai cakap.

Hasilnya..... habuk pun takde...

Saturday, May 16, 2009

Hafiz Punye Pasal

Pagi tadi ( 16 Mei 09 ) teman pegi ke tesco. Dan teman tercengang...apabila melihatkan patung2x yang dipamerkan di kedai jual pakaian.

Mana taknya..hampir kebanyakan patung tue dipakaikan rambut seperti Hafiz... wah..tokei kedai ini mmg support abes..

Hu3x...

HAFIZ..HAFIZ..vote for HAFIZ...



Friday, May 15, 2009

Otak aku

Teman mempunyai seketul otak kat dalam kepala.
Dari segi gambaran fizikalnya..otak teman berlingkar2x dalam kepala macam gambar kat bawah.



Tetapi sehingga ke hari ini, teman masih tak tahu berapa peratuskan teman telah gunakan otak teman untuk menjalani kehidupan seharian. Korang tahukah cammane nak ukur kadar penggunaan otak dalam kepala itu. Kalau tahu..sila beritahu yea..

Kalo korang usha gambo kat atas ... korang akan dapati ..otak ini terbahagi kepada 2. Teman rasa ...ramai tahu pasal otak ini terbahagi kepada 2 ini. Jadi tak payah lah teman nak beritahu..sebab..teman pun tak arif sangat..kwang3x..

Tapi..dalam entry ini, teman bukanlah nak cite pasal otak. Teman nak berkongsi ape yang bermain dalam otak teman nie... nak cite pasal case study teman.ahaks..

Dalam kehidupan kita, benda yang paling power sekali ialah otak..setuju ke..tak? Kalau otak ini diuruskan dengan betul, i think..marvelous thing will be happen. Jauh dari apa yang kita dapat gambarkan seperti yang berlaku sekarang.

Bila dah berumur 30 tahun ini, teman dapat simpulkan beberapa perkara tentang penggunaan otak teman nie.

Waktu teman kecik, kadar penggunaan otak teman menggunakan lebih otak kanan. Kerana..teman telah diajar untuk melukis...dan mampu melukis. Bidang seni lukis dan tampak menjadi favourite teman. Sehingga ke sekolah menengah ( form 3 ), bidang tersebut menjadi bidang yg amat digemari. Hasil yang paling jelas dan membanggakan sekali ialah, teman dan rakan2x yang lain telah meninggalkan karya seni lukis di salah sebuah dinding di sekolah teman. Rugi je tak snap hasil kiteorang, kalo tak bleh tempek kat sinie untuk tunjukkan hasil kat korang.

Maksudnye..sejak dari teman lahir sehingga ke umur 15 tahun ( tempoh : 15 tahun ), teman lebih menggunakan otak kanan.

Bile masuk form 4 iaitu dalam kelas sains, dengan penggunaan otak kanan, teman agak lembap untuk capture ape yang diajar. Hasilnye..untuk subjek matematik tambahan, serius.... dalam kad kemajuan... warna merah aje yang mewarnai atas kertas tersebut. Sengal bukan?

So, sejak dari form 4 sehinggalah ke umur 30 tahun ( tempoh : 15 tahun ) teman telah menggunakan lebih otak kiri kerana..sehingga masuk U pun teman dipupuk untuk berfikir logik kerana ...teman belajo sains komputer ( ahaks.. sapa yang tahu course nie..sure tahu cammane logiknye bila perlu berfikir ).

Jadii.....

Secara bestnye, otak teman nie telah menggunakan otak kiri dan kanan. Cite tak bestnye... sepanjang teman hidup... penggunaan otak tersebut tidak seimbang. 15 tahun pertama kehidupan..teman lebih guna otak kanan... dan 15 tahun berikutnya...teman guna otak kiri plak.

15 tahun...iskh..lama tue..

Jadi... setelah munasabah diri sejenak depan pc nie.. setelah congak2x apa yang teman hadapi, teman masih tidak menggunakan sehampir 100% otak teman ini. Kalo dari congak2xnye..teman hanya gunakan 1% aje kot..kekuatan otak teman ini.

Dari segi kehidupannye..terpaksalah teman mengikuti kehidupan dengan sistem sedia ada. Dari segi ekonominye...dari segi makan dan minum..dari segi kerjayanya.

Dari segi negaranya.. human kapitalnye ( rujuk kepada teman sendiri ) masih tiada konfiden untuk memaju negara agar dapat pergi lebih maju dan jauh. Kerana teman adalah generasi yang bakal memimpin negara ( entahlah...teman selalu dengar pucuk pimpinan dulu dan hingga sekarang melaung2xkan slogan lebih kurang begini rupa )

Setelah menjalani kehidupan selama 30 tahun.. ada elemen2x yang kurang positif hinggap kepada diri teman seperti..kurang keyakinan diri untuk bebas dan berdiri atas diri sendiri.

Yeaa..... teman rasa...inilah faktor utama yang mengekang teman untuk pergi lebih jauh. Dan ditambah2x buruk lagi..faktor luaran yang sentiasa dimomokkan oleh orang lain yang kurang keyakinan diri..turut membantutkan teman untuk lebih yakin diri... dan berdiri atas diri sendiri.

Maybe jugak..selama teman hidup..15 tahun pertama..sistem pendidikan tidak formal ( pendidikan dari parents ) lebih dominasi input teman.. 15 tahun keduanya...pendidikan formal lebih menguasai gerak kerja otak teman menyebabkan teman kurang keyakinan diri kot..

Last2x ...teman duduk tercongok depan pc..tulis blog pada tika ini ( 15 Mei 09 : 7.50 pagi )..ahaks..

Gamaknye..otak diorang pun sama gak sebab tak guna hampir 100% secara seimbang.

Dalam k-ekonomi, elemen kreativiti dan inovasi masih lagi wujud diatas kertas ( sape la mamat yang letak word2x dlm kertas nie eh? ). Takat tulis atas kertas aje kot..sebab nak nampak gempak dan dibayar dengan harga yang agak lumayan aje kot..

Hasilnya jugak bile tidak menggunakan otak secara seimbang... perkara2x sempit berlaku dalam kehidupan seperti bergaduh pasal politik, bergaduh pasal duit, bergaduh pasal curang sana curang sinie.. bergaduh pasal tanah, bergaduh dengan jiran sebelah dll yang korang bleh pikirkan sendiri.

Jadi... disebabkan takmo cite panjang lebar.. teman mencari2x seorang mentor/kawan yang hidup pada tika ini yang mampu shootkan teman untuk pergi lebih jauh dengan gunakan otak secara seimbang dan hampir 100% digunakan.

Wednesday, May 13, 2009

Enterprise

Teman kurang pengetahuan pasal enterprise nie...

Ada orang kata bleh tax examption. Ada gak kata..bleh dapat murah kalo beli guna atas nama enterprise.. Bleh gak dapat 80% off ..kalo hantar staff g kursus...

Any idea?

Mesin kad kredit

Nak kongsi ilmu skit.

Tengahari tadi teman sembang ngan suami /isteri yg buat biz.

Mengikut diorang berdua.... untuk mengadakan mesin swipe di premis perniagaan korang..takde lah payah mana pun.

Dengan langkah yg budak kecik pun boleh buat pasti korang dapat memilikinye untuk transaksi kredit atau lebih glamour dipanggil "gores dan menang"

Caranya adalah :

( dalam kes nie gunakan maybank )

  1. Pegi bank
  2. Buka akaun syarikat
  3. Dump $ Rm 400 dlm akaun
  4. bulan2x bayo..tak silap 40 hengget untuk fees sewaan.
  5. Dan korang akan dapat lah mesin pembayaran kad kredit tue

Kalo guna maybank.. hari nie swipe..nilai transaksi akan masuk dlm akaun yg kita create esok hari. Kalo bank2x lain pulak...ada yang 4 hari. So..yang paling pantas..gunakanlah maybank.

Itu aje...murah dan mudah kan??

Nawaitu?

Teman komprem...sape2x yang belajor sekurang2xnya tahap SPM pasti secara umumnye tahu apa itu nawaitu.

Kalo yang tak tahu tue..nawaitu tue maknanya niat. Kalau nawaitu adalah nama orang..er...pandai2x lah korang nak pikir.

Kalo sape2x yang sembahyang lima waktu ..mesti tahu niat nak solat... Dan ramai yang tahu jugak..kalo nak mulakan sesuatu mesti dimulakan dengan niat.

Iye ke? Entahlah...cikgu teman mmg kabo gitu.. cikgu korang pulak? hi3x....

niat kerana apa adik2x? Niat kerana ALLAH....



yang baik itu datang dari tuhan..yg buruk itu datang dari teman sendiri....

Teman selalu berpesan pada diri sendiri...kalo buat sesuatu tue.. mestilah niat kerana Allah. Biar seberat mana tugasan yang diberikan... buatlah kerana Allah...

Bila ada cabaran yang dikategorikan sebagai...alahai malasnye nak buat atau pegi mampuslah korang .... tetapi jika nawaitu kepada tuhan itu disematkan dalam hati..pasti boleh dilaksanakan.

Mudah untuk berkata2x / ditulis di dalam blog. Tapi tidak mudah untuk dilaksanakan. Dan teman sedang belajar sifat itu....

Slow and steady..owhyeah.....

Anda bagaimana pula?

Monday, May 11, 2009

Mythbusted : Layang2x

hari sabtu lepas jugak.."kelibat" sempat membuat ujikaji terhadap kehebatan dia menerbangkan layang2x.

Setelah membuat eksperimen tersebut..ternyata.... mythbusted..kui3x..

How Internet User Can Do Something

Kes study: Konsert AF 7

Teman rasa ...contribution undian yang menyebabkan si budak Aril nie boleh masuk AF 7 nie..berkemungkinan besar dilonjakkan dari pengguna internet.

Beberapa hari sebelum AF 7 di minggu ke-9 ..teman telah terklik video Aril
di youtube. Teman lihat, dia lihat dengan rakan2x dia lepak kat kedai sambil budak Aril nie ngah surf mayspace. Teman tak lihat vc smpi habes pun.

So..hari sabtu lepas teman quite suprise Aril kembali masuk ke AF terus ke akhir. Wachh.... Tak sangka.

So..conclusion yang teman bleh katakan... itulah kehebatan internet user yang mampu menambah nilai konsep pemasaran yang sedia ada.

Anyway... wish you good luck Aril even though teman tak berapa nak berkenan dengan imej dia yang ala2x winter sonata tersebut.

Link yang bersangkut paut:
http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/bagaimana-akademi-fantasi-lahir.html
http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/industri-muzik-tanahair.html
http://theministryofmind.blogspot.com/2009/05/hafiz-youre-best.html

Sunday, May 10, 2009

Mandi di Asahan - 9 Mei 09

Pada 9 Mei 09 budak2x sengal dari k-ekonomi telah beramei2x mensucikan diri di Sungai Asahan Melaka. Budak2x sengal tersebut adalah:

  1. Azrul <- ha...kan dah pergi mandi sungai..tue pun susah.
  2. Muaz <- Tima kasih kerana bawak hotdog 3
  3. Mubarak <- laen kali..mandi bawak arang eh... ko jadi tukang masak. Kiteorang mandi dulu..
  4. Amar <- siak....janji melayu abes ko nie..
  5. Minister Of Mind
  6. Turut terlibat sekali adalah Minister Of Mind Jr.
Berikut adalah gambar yang aku snap.


Sblom sampai bedal ape2x yg patut.


Mubarak yang beraksi macho, tapi lambat selam... Tengah tunggu wahyu ape ntah ko nie..


Gini lah ruper hotdog yang disponsor oleh Muaz.. Sedap siak..Adik ko masak eh? eh? Ada adik ke?


Sambil berenang, budak2x nie tengah bincang bagaimana nak setup k-ekonomi di Asahan dengan strategi2x KPO, SSO, KPI, Outsourcing dll di tempat jin bertendang nie..

gambar yang laen tue..korang usha kat album bawah nie ajelah.
9/5/09 - mandi di asahan


Video plak






ASAHAN - 5 TAHUN YANG LEPAS... 2004!!!

aktiviti bakar jagung


denagn bebudak praktikal n friend nunjimmimya

hidupkan api itu


bersama nunjimmimya

Hafiz You're The Best

Teman bukanlah fanatik giler babeng dengan Akademi Fantasia. Dalam banyak2x musim AF... AF-7 nielah yang paling teman banyak tengok. Sblom nie..nak ambil port pun teman tak sio ( orang perak kata .. )..

Anyway, semalam ( 9 Mei 09 )...adalah salah satu performance yang membuatkan teman agak 'keterlaluan'. Mana taknya... dengan lagi "I believe i can fly" ..si Hafiz telah membuat suatu persembahan yang cukup bertenaga.. dan power siak...

Derumannnya vokalnya... mmg melampau2x giler... Fuh..... HAFIZ YOU'RE SUPERB BOY.



Link yang bersangkut paut dengan kenapa teman 'jadi gilak' ialah ngan si budak Hafiz nie:
  1. http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/bagaimana-akademi-fantasi-lahir.html
  2. http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/industri-muzik-tanahair.html

Wednesday, May 6, 2009

Halal ke?





Er...halal ke?

Infrastruktur Salah Sebuah Sekolah Pada 2009



Lokasi Sekolah : KL
Tahun Gambar Ditangkap : 2009
Kenapa Gambar diambil : Dinding kelas yang kopak dan capik.
Jantina Pelajar : 100% perempuan.

Soalan Timbul
Teman tak pasti..adakah dinding kelas tue dikopak oleh pelajar yang 100%nya perempuan. Kalau yea..hi3x..maknanya...orang perempuan nie takdelah dikatakan lembut...

Statistik : Pemandu Pelancong





Sape2x nak jadi pemandu pelancong tue...blehlah usha statistik dlm graf kat atas

Sape nak berhenti rokok..sila pegi port ini.


Ha..orang Melaka khususnya yang nak berhenti merokok.. korang bleh pegi ke port dlm list diatas.

Tempek Saiz Gambar


Pelbagai Saiz Gambar



Bentuk story book

Untuk rujukan akan datang..

Ingatkan fresh baru naik dari laut..

Lokasi : Muara Sungai Duyung, Melaka



Rupa2xnya pakcik jual ikan nie pun..ambik ikan nie kat johor..(er..aku dah lupa..tapi area parit jugaklah ..parit ape..aku pun tak ingat.)

Normal la kan??



Aku rasa macam normal aje...

Glup Mahalnyer...









Tak Makan Ikan..sorang lagi tak tahu kat mana nak berenang


Mamat kat atas nie mmg jenis tak makan ikan. Ahaks..ada member aku lagi sorang yg tuu..keja kat brickfields tue jenis tak makan buah....

Korang nie..betullah.. saje je nak mengurangkan nikmat dunia..ahaks..


yang nie plak....terkial2x nak cari port untuk mandi manda aka berenang....jenuh kiteorang kasi idea...

Ha...kan dah muke korang masuk tenet..ahaks..

Beratur Untuk Mengambil Ujian Memandu JPJ

Unjuran : http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/dokumen-test-oleh-jpj.html



Erk..panjangnya nak beratur ambil ujian memandu moto JPJ.

Larut Malam Minggu Di Jalan P.Ramlee







Sejenak ku menyusuri 'hot spot area' di Jalan Pramlee, KL jam 1 pagi.Ramai orang berpesta bergumbira di malam minggu.

Tetiba mataku terpandangkan individu2x seperti gambar diatas disepanjang kaki lima. Kalau dilihatkan gaya sepintas lalu...mereka ini boleh dikatakan sebagai pengemis.

Bila diperhatikan lama2x..ternyata...kedudukan mereka jauh lebih hebat dari kita. Mereka berniaga. Asalkan ada idea..ada usaha... cacat bukan jadi batu penghalang.

Sedikit sentuhan kreativiti...ternyata merekalah usahawan yang sebenar.. Kita..bagaimana pula??