Saturday, March 7, 2009

Do It Yourself : Menyelanggara water filter

Nama Produk : Bio Aura

Orang rumah aku dah mula membebel pasal water filter yang pancutannya semakin lemah. Ini menandakan bahawa keladak dalamnya perlu diselenggara/dibersihkan. Mari teman tunjukkan bagaimana nak selesaikan masalah itooo...

Ini lah roper water filter yang teman ada..

Penutup (cover ) dibuka

Selepas cover dibuka, korang akan nampak silinder macam kat atas.


Silinder dibuka seperti diatas.Ei...keladaknya. Mentang2xlah teman stay kat Ayer Keroh Melaka. Keroh betul....ahaks.

Bahagian yang nak dicuci dikeluarkan


Kerja2x cuci dimulakan dengan lafaz bismillah..

Walla....filter tersebut telah dicuci. Ada la nampak putih sedikit.


Filter dimasukkan dalam silinder. Dan silinder di'attach' kembali kat portnya. Sebelum water filter bio aura digunakan kembali, test semula water filter untuk tengok samada aliran air deras atau tak. Ternyata, water filter teman berfungsi dengan baik seperti gambo kat atas. Maka, cover ditutup kembali dan letakkan di tempat asal.

Artikel ini ada kena mengena juga dengan artikel teman kat sinie -> http://theministryofmind.blogspot.com/2009/03/apa-ada-pada-air-yang-diminum.html

Gamaknye, syarikat yang buat air minum nie guna kaedah macam nie kot....he3x...

4 comments:

sahaini ahmad safian said...

Yeop,

Bila membelek wacana tutorial mike yang kali ini, buat teman terkenang kisah-kisah bermain ayor dulukala.

Iyalah, dahulukala teman ada juga berpeluang menyusur parit. Dari yang tohor sampailah tempat yang hapuih. Menangguk udang ataupun ikan di sepanjang parit. Kalau sungai tak mampu nak nikmati aktiviti menangguk, baik mengail atau menjala saja. :)

Apa yang teman nak sampaikan ialah, betapa dahulu kita tidak perlu takut keladak-keladak besi karat yang berkuman dalam ayor minum kita. Memang dulu ada air pili masa zaman teman "hello world!". Tetapi, ayor minum, arwah tokwan teman guna ayor tadahan hujan yang dijerang.

Kalau arwah tok teman pula, ada mengajor teman minum ayor embun. Pilih dari daun yang mana, pokok yang mana.

Kalau lah masa itu, kome sebut "filter" pada depa, haram depa tak dapat nak kaitkan dengan pili. Yang depa tahu, kalau "filter" kat dalam enjen motokar atau pun kat mutu (motosikal).

Nostalgik.

Alfatihah untuk arwah-arwah semua.

zara said...

Kak sebelum ni ada juga guna benda filter ni. Tapi yg murah skit. Yg buat tak lalu nak minum, si filternya membuatkan air menjadi hapak. Loya tekak tak leh nak telan airnya. Penyudahnya, akak buang saja. Lagi sedap air paip tanpa difilter... Sini, air dari sungai Langat, masih boleh diminum terus.

Minister Of Mind said...

sahaini ahmad safian> dulu leh aje tadah air hujan..lepas tue minum aje. Sekarang..iskh..tak sio... eh..

Mana tak nya, ruang udara pun dah tercemar.

zara> er...mmg tap air dari sungai terus masuk pintu rumah ke autie..

haziq amirul haq said...
This comment has been removed by the author.