Tuesday, March 31, 2009
Boleh Singapore Serang Kita Ngan Mudah?
Kalo ikutkan brother dlm video kat atas nie, Singapore Military can easily sneek into Malaysian bother tanpa dikesan melalui gelang patah dan lain2x pintu masuk jika guna tank.
Ermm..betul ke?
Kalo tanya teman...ermm....boleh aje...
Monday, March 30, 2009
Nasi Lemak Tanglin
Uii..ramainya orang beratur. Diorang nak buat apa nie... ???
Hi3x... sempat gak teman snap gambo nie untuk pengetahuan korang semua. Diorang nie beratur semata2x nak jamah nasi lemak Tanglin. Kat mana? Sebelah sekolah menengah perempuan Methodist KL je.... Ala...kat area Taman Tasik Perdana je... Kalo korang masuk simpang selepas Masjid negara korang akan jumpa ar kedai sinie. Atas bukit skit...
Layan....
Mobile Income
Mengikut empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ini, ramai yang memandang negatif terhadap perniagaan yang beliau usahakan. Kesimpulan dari input beliau adalah ramai orang kita bersifat PHD ( http://theministryofmind.blogspot.com/2008/07/perasaan-hasad-dengki-phd.html )
Dari satu perspektif pula, input dari pengamatan internet pula mendapati ramai jugak dikalangan orang kita yang mengecam secara peribadi dan perniagaan empunya blog http://www.zubiryahya.com/. Rata2xnya mengatakan rugi/ditipu apabila menjadi usahawan bagi Mobile Income ini.
Dalam isu rugi apabila menjadi sebahagian dari komuniti Mobile Income ini, ianya adalah satu bentuk perniagaan. Dan lumrah dalam perniagaan ada untung ..ada rugi. Teman takde fact & figure terhadap berapa ramai yang berjaya dan gagal dalam perniagaan jenis ini. ( Nanti teman cuba request dari empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ). Cuma apa yang teman nak tekankan kat sinie, tak semua orang sesuai untuk menjalankan semua jenis perniagaan. Bukan rezeki la maknanya tue...
Dalam isu ditipu pula, pada pendapat teman, jika kita bersikap profesionalisma sewajarnya kita menggunakan pendekatan berhemah dalam menangani segala bentuk penipuan dengan menggunakan pendekatan undang2x. Teman bukan memenangkan empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ini, tetapi saluran kita terbuka luas untuk menangani isu2x seperti ini. Sebagai contoh, buat saja laporan polis. Nak lebih cantek..lantik peguam dan buka fail saman terhadap syarikat yang mengendalikan Mobile Income. Ataupun laporkan kepada kementerian hal ehwal pengguna.
Mudah bukan...
Bak kata Nabil..lu fikirlah sendiri....
Friday, March 27, 2009
Mengandung ? Aku kekeliruan
Err.. harian metro pada 27 Mac 08 melaporkan seorang "lelaki" hamil di mukasurat 44.
Err..teman sebenarnya confius, sape hamilkan "lelaki" ini. Bini dier ke...? Errkk... ke rembat benih sape2x kat dlm bank benih dan tanam kat dlm rahim? Er..kalo cam tue buat ape jadi laki kalo nak hamil? Iskhh..tak fahamnye.. Rugi nikmat hidup....
Kisah di sebalik gambar
Tetiba je mata teman tertarik dengan gambar di atas meja member teman yang beragama hindu. Tertarik sebab, dia letakkan gambar tue atas meja kerja dier. Atas dasar ingin tahu..teman pun tanya lah ape kebenda tue...
So..dia citer, ayat tue adalah kata2x nasihat dari dewa krishna ( pelindung ) kepada arjunan selepas pembunuhan arjunan terhadap abg tirinya iaitu karnan. Nanti ..teman tempekkan ayat tue ..untuk pengetahuan kite masing2x..
Yang berdiri besar tue..adalah dewa khrisna ( pelindung ).
Setelah member teman tue citer, ada satu scene tue..membuatkan perkataan OOOOOoooOo keluar disebabkan teras scene tersebut ada persamaan dengan sejarah agama islam ataupun krisitian.
Scene tersebut adalah ibu kepada karnan tue mengandung macam ala2x citer maryam mengandungkan nabi musa. Menurut member teman tue lagi... selepas ibu karnan tue lahirkan karnan, ibu karnan ...menghanyutkan karnan di dalam sungai lalu dibela oleh Thuriyothanan. Thuriyothanan nie musuh kepada suami ibu karnan tue...
Gitulah citer ringkasnya...
anyway..ini adalah translation bagi word dlm gambo kat atas..thank pavala..
The Geethasaram or the wordings which Lord Krishna told to Arjuna during Kurushetra War is translated in English as below.
Whatever has happened is for good.
Whatever is happening is going on well.
Whatever will happen will also be good.
Why are you repenting for whatever you have lost?
Have you brought anything with you which you have lost?
Have you produced anything that is destroyed?
Whatever you have gained, you have taken from here.
Whatever you gave, you have given here.
Whatever belongs to you today, yesterday belonged to someone.
It may belong to someone day after.
“Change is the Rule of Nature”.
Thursday, March 26, 2009
Island : pulau pangkor
Tarifan pulau
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau
Sebuah pulau adalah bidang tanah yang lebih kecil dari benua dan lebih besar dari karang, yang dikelilingi air. Gugusan kepulauan dinamakan kepulauan.
Dalam segi takrifan bahasa, hampir kesemua tanah yang dikelilingi air dikenali sebagai pulau. Tetapi menurut perundangan, terdapat perbezaan istilah yang berbeza diguna pakai antara batu timbul dan pulau. Contohnya, menurut definisi Artikel 121 Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS), batu yang tidak boleh menampung habitat manusia atau ekonomi sendiri tidak mempunyai zon esklusif ekonomi[1].
Secara ringkas, Artikel 121 mentakrifkan pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia.
How many island in Malaysia?
overall in West & East Msia, it's estimate about 50-100+. (source : http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20070814121352AAOu16O)
Which hugh island in Malaysia?
Borneo island
Location?
http://gopangkor.com/wp-content/uploads/2008/12/roadmap.jpg
Peta atas pulau pangkor :https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyHtOdA0gAHPAXslz7f14LWcixau5d7fEipv3MEOMW2erxNbTcIa-_ovIoQDOj0D-q8Es2bDhRqFRcphJY3y6EYmmk5uEQMzhbtbGXbt8Fgipbfpg6eof3lptA4ZSeEhoYEfQcxYuho8w/s1600-h/Picture1.png
- In perak state.
- One of island at straits of melaka
- it is on the west coast and is a small tropical island just 3 km by 9km.
- keluasan 2204 dan terletak di Mukim Lumut dan dalam daerah Manjung
- Pulau Simpan
- Pulau Rusa
- Pulau Pangkor Laut
- Pulau Giam
- Pulau Mentagor
- Pulau Mandi
- Pulau Batu Tengah
- Pulau Nipis
- Pulau Sembil
How pangkor get its name?
Pada zaman dahulu pedagang-pedagang tongsan dari negara cina telah belayar ke serata dunia dan salah satu tempat yang disinggahi ialah Pulau Pangkor. Semasa mereka belayar ,mereka membawa bersama isteri dan anak-anak. Dengan cara tersebut mereka boleh belayar dalam jangka masa panjang.
Semasa pelayaran ke Pulau Pangkor,ribut dan ombak besar telah melanda pulau pangkor.lalu tiang layar yang dipanggil “PANG” telah patah dan sebutan “KOR”yang bermaksud patah adalah dalam bahasa cina. Apabila perkataan tersebut sering disebut.maka sepakat menamakan pulau tersebut Pangkor sempena kejadian tersebut.
(source : http://ppikpulaupangkor.blogspot.com/2008/12/sejarah-pulau-pangkor.html )
History
- 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
- 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai sultan Perak.
- Raja Lumu adalah punca kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.The coronation of Raja Lumu was in Pulau pangkor at 1756.
Kenape memilih pulau pangkor
pernah dinobatkan antara 10 pulau tercantik di dunia.
How to go there?
Via Flight
kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang. ( source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pangkor )
Gambar flight : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/9/98/Pangkor_berjaya_air.jpg/180px-Pangkor_berjaya_air.jpg
Via Ferry
- Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri di Lumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.
- Perjalanan ke pulau mengambil masa 30 minit.
Transport on the island
Sekitar pulau Pangkor, boleh sewa bas dengan kadar RM40.00 pusing satu pulau.
gambar bas : http://portalpangkor.com/taxi.jpg
Nice Place
- Teluk Nipah
- Pasir Bogak
- Pangkor Laut
- Pulau Sembilan
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Kilang ikan bilis
- Teluk Chempedak
- Teluk Penyu
- Pantai Puteri Dewi
- Teluk Belanga
- perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
People
- 1999: terdapat seramai 6,260 orang penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang bekerja di pulau itu dan 568,248 orang pelancong.
- 2015: dijangka penduduk tetap akan meningkat kepada 8,330 orang manakala penduduk yang datang kerana bekerja seramai 4,664 orang sementara pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang.
- located in south of pangkor island.
- build in 17 century
jetty
3 jetty
- Jetty pangkor
- Jetty sungai pinang kecil
- Jeti Pan Pasific
* Masjid Al-khairiah Sungai Pinang Kecil 32300 Pulau Pangkor Perak
* Masjid Telok Raja Bayang Pekan Pangkor 32300 Pulau Pangkor Perak
Draf Perancangan
Draf Rancangan Tempatan Pulau Pangkor (DRTPP) itu dilaksanakan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
[sunting] Zon Pembangunan
* zon pembangunan pelancongan
* zon pengekalan
* zon pembangunan terhad
* zon pelancongan budaya
* zon pembangunan bercampur
* lapangan terbang
* sungai/laut
* jalan raya, trek pejalan kaki dan kontor.
[sunting] Lima Kawasan Perancangan
Kawasan Rancangan Tempatan Pulau Pangkor meliputi lima blok perancangan iaitu :
* Teluk Dalam
* Teluk Cempedak
* Sungai Pinang
* Teluk Segadas
* Pangkor Laut.
[sunting] Guna tanah
Hanya 30% daripada kawasan DRTPP akan dimajukan menjelang tahun 2015 dan selebihnya dikekalkan sebagai kawasan hutan simpan.
* perdagangan dan pelancongan 14.35%
* perumahan 11.09%,
* Pembangunan perdagangan termasuk rumah kedai, pejabat, kompleks perdagangan, pusat makanan dan gerai.
* Pembangunan pelancongan termasuk hotel, chalet, rumah tumpangan, kedai cenderamata dan sebagainya .
Example of tourism accomodation
- Sri bayu beach resort
- Beach Huts hotel
- Khoo Holiday Resort
Fish dried Satay
Military Event
- on 19-28 Jun 07, our army was having training fight against terrorist due to event of Eksesais Pahlawan Siri 13/2007.
- Purpose for having this event is to evaluate efictiveness of contigency plan in our military aspect.
Pendatang Tanpa Izin
http://kamiantiindon.blogspot.com/2008/02/13-nelayan-indonesia-ditangkap-di-pulau.html
"SETIAWAN 19 Feb. _ Sebanyak 13 nelayan Indonesia termasuk tiga tekong ditangkap ketika asyik menangkap ikan menggunakan buluh pancing dan tali gulung di perairan Pulau Pangkor di sini, semalam."
Best activity
hanya perlu membayar sebanyak RM120 untuk pakej percutian yang menarik ini. Banyak aktiviti yang dibuat termasuklah snorkeling, menaikkan pukat, banana boat (bayar sendiri), BBQ, makan pagi+tengahari+malam dan macam-macam lagi aktiviti pantai yang dilakukan.
At Giam island ( small island not far away to pangkor island ) the best place for snorkeling , we may play with angel fish, sampai ke yellow tank
Island development
Our government was identified pangkor as marine agriculture.
Thus, Malaysian government was launched first project to breed marine fish worth than RM100 million.
Mungkin boleh mencari pelabur Arab untuk membina hotel kelas dunia di Pulau Pangkor atau pulau sekitarnya sebagai tempat rehat kelas pertama bagi pelancong Arab dan Eropah. Boleh juga membangunkan kawasan penempatan kelas dunia melalui pembinaan pangsapuri mewah, rumah banglo, atau service apartment untuk menyokong dasar kerajaan persekutuan, Program Malaysia Rumah Kedua Saya. Bagi projek ini, saya mencadangkan Perak menerokainya bersama dengan Kuwait Finance House (M) Bhd, yang berpengalaman membangunkan Pavilion yang turut menyediakan pangsapuri mewah untuk pembeli Timur Tengah dan mempunyai rangkaian luas di Timur Tengah.
http://elbaritii.blogspot.com/2008/10/perak-merancang-pembangunan-islamic.html
Others
If watch video at http://cartoonrama.blogspot.com/2009/03/misteri-pulau-pangkor-kini-terbongkar.html 2 things that i'm quite suprise is :
- tributary "anak sungai"
- Got hornbill
http://izalifa.blogspot.com/2007/07/my-videos-at-pulau-pangkor.html
http://khaziminrazali.blogspot.com/2008/03/trip-ke-pangkor.html
Kami makan di gerai makan "Senang Hati Rasli Camp and Restaurant", pesanan kami adalah seperti
- Ikan Siakap 3 rasa,
- Sotong goreng tepung,
- tomyam campur,
- telur dadar,
- limau suam,
- teh tarik,
- air asam boi,
- nasi 6 pinggan,
Pangkor Bay View Hotel Rm160/nite
Entreprenuer
http://satujutaidea.blogspot.com/2008/12/usahawan-feri-pulau-pangkor.html
Anak jati Pulau Pangkor, Mohd. Nasir Mohd. Rashid, 39, sentiasa memikirkan apa yang terbaik yang boleh dilakukannya untuk memajukan kampungnya.
Dengan pinjaman sebanyak RM8 juta daripada Bank Pembangunan selain modal sendiri sebanyak RM5 juta maka tertubuhlah Mesra Feri Sdn. Bhd.
Lagenda batu bersurat
http://aadtriple.blogspot.com/2008/12/lagenda-batu-bersurat.html
Terdapat lukisan seekor harimau sedang membaham seorang budak di Batu Bersurat ini, satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang-orang Belanda berhampiran Kota Belanda di Teluk Gedung.
Lukisan itu dipercayai mengandung sebuah cerita tragik, kononnya anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekor harimau. Oleh kerana kesedihan serta untuk memperingatinya maka peristiwa tersebut dipahatkan pada batu ini.
Tetapi menurut penduduk tempatan, kanak-kanak tersebut telah diculik oleh orang Melayu yang tidak suka penjajah Belanda bertapak di Negeri Perak. Orang Melayu dilambangkan sebagai harimau.
Turut terdapat pada batu tersebut ialah ukiran tulisan 1743 I.F. CRALO dan lambang VOC (Veerenigde Oostindische Compagnie) yang membawa maksud Syarikat Hindia Timur Belanda.
Pengurusan JPJ
Mesti korang tertanya2xkan kenapa teman up gambar "awek/mak budak" diatas kan. Gambar ini dipaparkan bagi membuktikan bahawa teman pernah berurusan dengan pihak mereka. Anyway, terima kasih kepada mereka kerana sudi berurusan dengan teman yang berhemah dan bersopan santun. ( Kalo diorang berurusan dengan orang bukan mempunyai sifat seperti teman..comprem diorang dah terbakor dengan pelanggan yang hangin aje.. )
Apa masalahnya?
Teman nie nak sit down for test JPJ bagi lesen moto B Full. Ikutkan historynye, pihak institut memandu nie dah setkan masa test teman jumaat minggu lepas ( 20 Mac 09 ).Hari khamis minggu lepas tak silap, pihak institut memandu call teman bahawa test JPJ tue terpaksa dibatalkan berikutan dah full ( orang laen yg nak sit down for test dah ramai ). So..teman pun tak kisah... ( tiru bunyi macam aiman tak kisah ).
Lepas tue diorang set ar pada 27 Mac 09 ( jumaat ) la plak...Huiyoo..satu minggu tempoh nak tunggu test JPJ berikutnya.. Teman pun tak kisah.. ( tiru bunyi macam aiman tak kisah lagi..)
So... patutnye, esok ( 27 Mac 09 ) teman testnye. Bile teman nyinggah ke institut memandu untuk bertanyakan status test teman............. wallaweiiii..."awek/mak budak" kat kaunter tue cakap yang penuh jugakkkk... adeehhhh.....
Atas nasihat beliau, dicadangkan agar teman sendiri pegi naik ke HQ JPJ untuk apply sendiri test JPJ esok hari kerana pihak diorang takde kuasa nak setkan individu2x yang nak masuk test JPJ.
Dengan semangat berkobar2x, teman drive ar ke HQ JPJ tue....
Selepas jumpe ngan cik kak yg berlabel JPJ tue..dia pun melayan dengan baik. Disebabkan teman nak test jugak esok hari, dia pun pegi consult ngan pegawai atasan dier. Lepas dia pegi ding dong...dia kembali ke teman dan jawapannya mengecewakan iaitu teman tak bleh join test esok hari.
Dan lebih membengangkan skit, cik kak tue...menekankan agar untuk sit down test tue mesti melalui pihak institut memandu. Bukan set masa dengan pihak JPJ. So, terpaksa la teman turun balik pegi ke institut memandu semula.
Dan ... cik kak pun set ar.. 3 April 09. ...
Wednesday, March 25, 2009
Semakan Calon ujian Mtest
kepada mereka yang tercari cari link utk semakan aplikasi dalam talian untuk Ujian Mtest pada hari sabtu ini sila lah klik link di atas...
kepada semua calon ujian Mtest untuk kursus perguruan lepasan ijazah moga entry ini membantu...
jom jawab exam sabtu nih!!!
MTest 2009
Ujian MTEST 2009
Tarikh Ujian : 28 Mac 09 ( Sabtu )
Tak bleh ar buka page dier...
http://apps.emoe.gov.my/kpli/mtest/
1.19 ptg = 3833 orang
UMNO
Ucapan Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2008 pada 24 Mac 2009 (Selasa) jam 8.30 malam bersamaan 27 Rabiulawal 1430 Hijrah di Dewan Merdeka oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO.
http://umno-online.com/
Teman Tak Faham??
Promosi
Kingdom of Heaven
Antara movie yang teman suka adalah cite nie..
Best ..sebab ianya epik movie + ada elemen sejarah ( Saladin was in this scene ).
Tidak berat sebelah dimana director movie nie..rasanya org kristian, tapi cerita pekung sendiri.
Maleh teman nak ulas panjang2x. Well...sape rasa sama je otak macam teman nie..layan....
Mat Rempit
"Mesti ar layan... best beb. Darah tengah membuak2x..sape paling power dier ar hero. Lagipun boring ar..tak tahu nak buat ape..."
Teman setuju dgn statement diatas. Usia pada waktu tue..teman pun ada rasa macam nak jadi hero antara member2x yang laen dan boring.Nasib baik waktu zaman2x teman muda, teman dapat moto honda cup c70 lampu petak...kalo tak rasanya teman pun jadi mat rempit.
So..pandai2x la "orang kita" nak utilize tenaga muda "orang kita" jugak. Kalo tak reti2x nak utilize...mmg "korang" sengal ar....
Kalo korang tengok paper yg teman snap tue..teman ada bulatkan iaitu "mat rempit". Ada isu sorang member tue... En Bezita namanya. ha3x...
Isu yang dibangkitkan adalah perkataan Mat bagi menggelarkan seseorang. Teman rasa teman pernah terbaca pasal isu penggunaan perkataan Mat nie. Kat mana yea..teman dah lupe.
Antara penggunaan perkataan/penggunaan Mat yang popular nie kat orang kita adalah Mat Cangking, Mat Jelebor, Mat botak dll yang korang pun familiar org dalam komuniti korang.
Isunya hanya satu penggunaan nama Mat nie ..kata asalnya adalah dari perkataan Muhammad iaitu nabi junjungan kita. Sebuah nama yang wajar kita hormati, tetapi kita di asia tenggara nie telah lanyak perkataan Muhammad tersebut dengan jadi mat rempit lah...mat cangking lah.. dll lagi.
Tapi..betul ker asal perkataan Mat tue datangnya dari nama nabi kita? Kalau betullah, mmg tak wajar lah digunakan penggunaan nama Mat tue. Kalo tak betul, hantam sajalah.....
Bangsa Cina
Jika korang usha dlm http://en.wikipedia.org/wiki/Chinatown korang akan dapat lihat chinatown ada dimana2x sahaja. Tengok saje gambar dibawah.
Mereka nie berada dimana2x sahaja di ceruk dunia. Kat Africa pun ada jugak..iskh tak ke pelik. Dalam gelap2x kat sana ada jugak kulit cerah. Anyway, korang tahu tak ape iatu Chinatown. Bandar bagi komuniti orang cina la yeop....jawapannya
Antara soklan2x yang perah otak adalah seperti berikut:
- Korang tak rasa pelik/kagum ke cammane diorang bleh berada melata kat dunia.
- Er..ada ke Melayutown kat mana2x selain dari Malaysia?
- Korang tambah ar lagi soalan..ha3x..
Saturday, March 21, 2009
Rancangan Melodi
Kupasan kali ini adalah lanjut dari seseorang dari ruangan forum di akhbar baru2x ini. Seseorang tersebut melahirkan keperhatinan beliau terhadap terjahan isu yang dihighlight tiap2x episod terhadap isu peribadi artis tempatan amnya.
Teman disini tersenyum dengan nada pandangan seseorang tersebut yg melahirkan pandangan rancangan Melodi hanya mengupas kisah artis. Ada juga individu kat dlm Malaysia nie berfikiran kritis rupanya. Ingatkan leka dalam hidangan pihak media tersebut.
Artikel ini teman karang bukan bertujuan untuk pangkah rancangan popular tanahair ini. Niat teman cuma hendak mengangkat martabat industri hiburan tanahair supaya produk2x tempatan berada di peringkat antarabangsa dan seterusnya memberi sumbangan besar terhadap kegiatan ekonomi dalam industri hiburan.
Kalau bolehlah, kalau boleh.... minta pihak pengurusan Melodi menunjukkan angka2x & fakta yang membuka mata peminat industri tanahair seperti bilangan artis tempatan yang produknya berada di pasaran antarabangsa atau strategi yang digunakan oleh pihak rakaman bagi mengarus perdanakan produk kita dalam arena antarabangsa. Seperti moto Melodi tersebut yang sering war2xkan iaitu elakkan kontroversi, eloklah tidak asyik mengupas kontorversi peribadi artis aje.
Kalau pihak pengurusan mengatakan bahawa yang hidangan tiap2x minggu itu adalah mengikut selera tempatan kita, saya rasa orang kita mmg suka berhibur dan terhibur dengan apa yang dihidangkan. Dalam erti kata lain budaya hendonisma mmg kuat dikalangan org kita.
hendonisma?? er..sesuai ke ayat nie..hantam ajelah
Malaysia VS India ( kemerdekaan )
Baru je lepas tengok rancangan history channel pasal Mathama Ghandi ( India ).
Kupasan
Setelah menonton rancangan tersebut didapati pola sejarah yg berlaku pada sekitar negara Malaysia dan sekitar negara India agak serupa terutama apabila menuntut kemerdekaan.Antara pola yang hampir sama iaitu:
Penjajah
Kedua-dua negara ( Malaysia & India ) menuntut kemerdekaan terhadap negara yang sama iaitu British.
Hero Setempat
Lahir hero2x setempat yg berjuang / berkorban menuntut kebebasan negarabangsa.
Perpecahan Geografi
Setelah menuntut kemerdekaan, negara india baru itu berpecah dua dengan Pakistan dijadikan negara laen. Begitu juga dengan Malaysia yang berpecah dengan indonesia dan paling hampeh, Singapura pun bleh terlepas.
Pejuang kemerdekaan
Mathama Ghandi dan Tunku Abdul Rahman secara asasnya perjuangan mereka sama iaitu menuntut kemerdekaan disebabkan turun naik ke London.
Perbezaan
Of course, geografi antara Malaysia dan India jauh bezanya. Populasi nya pun jauh bezanya. Kalo dalam video yg dihidangkan pada teman tue, banyak tumpahan darah berlaku dari rakyat India.
Agaknya
Mungkin banyak negara yang menuntut kemerdekaan terhadap negara British, maka Tunku Abdul Rahman pun tak teragak2x nak claim benda sama agar dapat territory sendiri yang dinamakan Malaysia.
Lahir kesyukuran
Bersyukur, rakyat negara ini merdeka dengan tidak memerlukan pengorbanan yang tinggi. Boleh dikatakan banyak berlaku di meja rundingan.
Cabaran
Malaysia harus berdaya saing bagi kekal Merdeka dengan erti kata sebenar. Rakyatnya harus maju terutama sekali dari aspek intelektual. Kalo bodo, nanti org laen senang gula2xkan kita. Bersatu padu...part nie lah yang teman rasa susah nak capai. Sedangkan kat opis teman pun teman rasa perkataan nie payoh nak capai disebabkan perbezaan pemikiran. Generasi teman nie kena sediakan satu "bekalan" bagi generasi akan datang melompat lebih tinggi dari generasi negara bangsa yang laen.
Friday, March 20, 2009
Kasi Kecoh Di Sri Negeri Melaka
Dah sampai simpang ghapam ..jem la plak..mesti traffic sangkut kat dpn sri negeri.
Dah nak keluar simpang pun teruk jemnye..
Nak sampai ke bulantan sri negeri pun ada roadblock.
Dah sampai pun depan sri negeri
layan...
dah keluar pun penyokong..err..sape ntah. COnfiuse ..
layan lagii...
Lega skit..takde pe2x yg tdk diingini berlaku.
Magnet VS Gravity
Sifat graviti = menarik sahaja
Pada korung yang penah tengok movie Final Fantasy, mesti korang akan pasan yg "askar dlm cite tue" turun dari jet dgn guna gel supaya tak jatuh mati katak kan.
Dlm discovery channel plak, ada satu professor ke..cipta keretapi ala2x cam monorel, gerak guna konsep magnet. bermakna "monorel" tersebut tak sentuh lantai...
Ce korang beritahu kat teman..apakah bentuk teknologi yg telah terhasil dari sifat magnet yg menolak.
Kot2x, ada kapal terbang..terbang menggunakan konsep daya tolak magnet ke..
Thursday, March 19, 2009
Persatuan
Teman tengok org yg berbiz nie ramai yg berpersatuan. Kalo tengok area trademark , International Trademark Association ( INTA ) dah on lama dah..
Kalo tengok area inkubator , National Incubator Network Association ( NINA ) dah ada... Tak silap, persatuan pemandu pelancong pun ada rasanya.
Objektif utama yang teman nak tekankan adalah , persatuan yg teman pikirkan nie ada kapasiti pengetahuan yg tinggi ( sebuah portal sbg cth ). Lepas tue..members akan berikan input pengetahuan apa sahaja dlm trick & tips dlm business. Then, bounce back to members via knowledge... Of course...this members akan bergerak dlm persatuan untuk faedah ahlinya.
Objektif kedua, nak kasi members yg baru..tak terumbang ambing dlm buat biz. Setidak2xnya perasaan yakin tue ada..sebab members otai bleh kasi tunjuk ajar...
Teman cadangkan nama "National Business Youth Association" aka NBYA ditubuhkan.
At the end, members yg ada biz akan lebih maju ...dipacu oleh pengetahuan yg tinggi. Amacam...cantek tak idea teman.. ke..idea teman macam cipan..
Satelite Kita VS Google Earth
Teman tak pasti berapa ramai d kalangan kita yg tahu nama2x satelite Malaysia yg 'lepak' kat ruang angkasa syaitan raya kita.. Dan teman pun tak pasti berapa ramai yang pernah main2x ngan google Earth.
Pada teman, kagum utk pertama kali bila menggunakan google earth kerana diorang berjaya memberikan produk kepada org ramai termasuklah teman untuk navigate details ke seluruh dunia. Nak tengok kedudukan Suak Petai, bleh aje usha dlm google earth.Nak usha Tampoi atau Tanjung Rambutan..bleh aje...
Masalahnye...sampai skrg teman sebagai orang bese, takde pun kena tempias aplikasi akhibat kecanggihan satelite Malaysia yang dihantar. Mungkin Astro kot..gamaknye kot..betul eh?
Email buat KWSP
Email dihantar : enquiry@epf.gov.my
Saya sebenarnya dah lama perasan yang KWSP ada mengeluarkan bulletin kepada ahlinya.
Jadi untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang berlaku pada pelanggan seperti saya, saya mencadangkan agar pihak KWSP dapat mengedarkan buletinnya kepada pelanggannya dengan menggunakan email.
Diharapkan agar email ini diambil berat agar kesedaran ini dapat dipertingkatan dari masa ke semasa untuk menjamin simpanan hari tua selaras dengan motto KWSP iaitu " Simpanan Hari Tua Anda"
---------------------------------------------------------------------------------------------
Selang beberapa minit kendian..uhuk..tak lepas ropernya. Err...id tak wujud kot..
Wednesday, March 18, 2009
Tiada YouTube di UK
LONDON 10 Mac - Google Inc. mengambil keputusan menyekat pengguna United Kingdom (UK) daripada melayari muzik videonya melalui laman web popular perkongsian video, YouTube selepas rundingan dengan badan pengumpul royalti muzik Britain gagal.
Menurut Google, pihaknya telah memulakan sekatan tersebut malam tadi. Laman web terkemuka dunia itu juga maklum sekatan tersebut akan menyebabkan kekecewaan di kalangan pengguna negara terbabit.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu terpaksa dibuat setelah syarikat PRS for Music meminta Google membayar royalti setiap kali video dimainkan di YouTube, satu tindakan yang mungkin menyebabkan laman web itu rugi.
''Lesen kami dari PRS for Music telah tamat tempoh, dan sehingga kini kami masih belum dapat memperbaharuinya disebabkan syarat yang mungkin mempengaruhi ekonomi kami,'' kata Google dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, kata Google, pihaknya terpaksa menyekat pengguna di Britain daripada menonton video yang ditawarkan atau dituntut syarikat rakaman, sehingga penyelesaian ditemui.
Sementara itu, PRS for Music yang menerima bayaran bagi pihak penulis serta penerbit di seluruh dunia mengakui terkejut dengan tindakan Google.
''Google memberitahu kami mereka mengambil keputusan ini kerana ingin membayar kurang daripada yang dibayar sekarang kepada penulis lagu, walaupun jumlah pengunjung ke laman web mereka semakin bertambah,'' kata badan pengumpul royalti itu melalui satu kenyataan.
Kedua-dua pihak itu tidak menyebut mengenai jumlah wang terlibat dalam rundingan.
Sekatan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan akan berlanjutan sehingga bila. Kedua-dua PRS for Music dan Google berkata, mereka berharap pertikaian itu akan diselesaikan segera.
Laman web YouTube menjadi pilihan utama syarikat-syarikat rakaman setelah terhimpit dengan kemerosotan jualan cakera padat. Laman web tersebut mempunyai urus janji dengan tiga atau empat syarikat rakaman besar namun segelintir pemegang hak enggan mengurangkan hasil pengiklanan mereka.
Disember lalu, syarikat rakaman Warner Music menarik semua lagunya dari YouTube dengan alasan bayaran yang diterima tidak sepadan dengan label syarikat itu, artisnya serta pencipta lagu. - AP
46,000 jawatan kosong di sektor awam
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah, berkata kekosongan jawatan akan diisi segera berikutan tempoh permohonan, temu duga dan latihan akan dipendekkan daripada empat kepada dua bulan.
Katanya, antara jawatan yang ditawarkan ialah jururawat, pegawai pembangunan masyarakat, penguasa Imigresen, pegawai penguatkuasa, jurutera, arkitek, juruterbang/pemeriksa juruterbang, pegawai veterinar, pegawai tadbir dan diplomatik, pegawai pertanian dan 267 skim jawatan yang lain.
Beliau berkata, paling banyak ditawarkan ialah jawatan jururawat membabitkan 4,000 kekosongan yang perlu diisi segera.
"Kerajaan mengalu-alukan penyertaan kaum Cina dan India mengisi jawatan selaras hasrat kerajaan meningkatkan bilangan dua kaum itu dalam perkhidmatan awam.
"Dengan menetapkan kuota 7.4 peratus untuk diisi kaum India, manakala kuota untuk kaum Cina akan diumumkan sikit masa lagi, kerajaan tidak mahu lagi mendengar kritikan bahawa keutamaan hanya diberi kepada kaum Melayu untuk mengisi jawatan sektor awam," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.
FGI jangka RM2.7 bilion daripada projek Chennai
NEW DELHI 17 Mac - Kumpulan Syarikat FGI Malaysia telah menyertai lapan konsortium yang lain dalam bidaan projek terminal kontena mega di Pelabuhan Chennai yang dianggarkan bernilai RM2.7 bilion.
Pengerusi Chennai Port Trust, K. Suresh berkata, sembilan syarikat telah mengemukakan permohonan untuk kelayakan bagi projek berkenaan yang dijangka dijalankan pada asas bina-kendali-pindah untuk tempoh 30 tahun.
"Kami perlu melalui proses penilaian dan perlu mendapatkan pelepasan keselamatan (daripada kerajaan pusat). Ia akan mengambil masa dua hingga tiga bulan lagi untuk keputusan dibuat mengenai siapa yang berjaya dalam bidaan itu," katanya.
Keputusan akhir dijangka diumumkan apabila kerajaan India yang baru memperoleh mandat memerintah. India akan mengadakan pilihan raya umumnya dari 16 April hingga 13 Mei.
Pembida lain ialah L&T Transco, Navayuga Engineering Co, Chennai, DP World of Mumbai, IL and FS Maritime Infra Co, Vadinar Oil Terminal, Mundra Port and SEZ, Lanco Infratech dan GVK-Leighton Consortium.
Katanya, terminal kontena itu, yang dijangka dibina dalam tempoh empat tahun, akan mempunyai kapasiti pengendalian kargo empat juta TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) setahun.
"Terminal ini akan mempunyai dermaga sedalam hampir 20 hingga 22 meter yang akan membolehkan sebarang kapal induk besar berlabuh di sini. Ini akan mencergaskan perniagaan di Pelabuhan Chennai dan juga perkapalan tepi pantai.
Import dan eksport akan jadi lebih mudah untuk dikendalikan," katanya.
Apabila siap nanti, terminal berkenaan boleh mengendalikan kapal kontena bersaiz mega yang beratnya 15,000 TEU dan sepanjang 400 meter.
Pelabuhan Chennai yang berusia 126 tahun itu, adalah pelabuhan kedua terbesar di India yang sekarang ini boleh mengendalikan 1.2 juta TEU setahun. - BERNAMA
Astro rugi RM529 juta
KUALA LUMPUR 17 Mac - All Asia Network Plc. (Astro) mencatatkan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti sebanyak RM529 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009 berbanding kerugian RM6 juta sebelumnya.
Pengerusinya, Datuk Badri Masri berkata, kerugian itu direkodkan ekoran kos penamatan perkhidmatan penyiaran di Indonesia pada tahun lalu serta jangkaan kerugian permulaan bagi pelaburan serantau.
''Perniagaan di Malaysia telah menunjukkan prestasi kukuh untuk tahun lalu walaupun berhadapan dengan suasana perniagaan yang mencabar. Kita perlu berhati-hati dan menguruskan perniagaan dengan tumpuan diberikan untuk meminimumkan kos dan penjimatan tunai.
''Namun kami percaya, Astro akan terus mengembangkan perniagaan televisyen berbayar, radio dan perniagaan kandungan dengan mengukuhkan nilainya bagi mencapai penguasaan pasaran selain mempraktikkan pengurusan kos secara efektif untuk mengekalkan margin dan pertumbuhan keuntungan,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Tambah Badri, Astro akan terus meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan dan inovasi produknya.
''Konsisten dengan komitmen Kumpulan kepada polisi dividen progresif, lembaga pengarah mengumumkan dividen akhir pengecualian cukai sebanyak 2.5 sen sesaham menjadikan jumlah dividen untuk setahun sebanyak 10 sen sesaham,'' katanya.
Astro telah berbelanja sebanyak RM687 juta sebagai kos penyediaan perkhidmatan dan bantuan kepada cadangan kerjasama di Indonesia.
Astro mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 14 peratus kepada RM2.97 bilion.
Pendapatan Astro sebelum cukai, faedah, penyusutan dan pelunasan (EBITDA) bertambah sebanyak 20 peratus kepada RM671 juta berbanding RM557 juta.
Sementara itu, Astro turut merekodkan pertambahan pelanggan bagi perniagaan televisyen berbayarnya di Malaysia dan perniagaan radionya terus berkembang, jelas Badri.
''Kemajuan yang baik juga turut diperoleh melalui perniagaan televisyen berbayar kami di India,'' katanya.
Tambah beliau, fokus utama pertumbuhan pelanggan di Malaysia adalah penambahan pelanggan baru dengan pelaburan kandungan tempatan.
''Astro mempunyai pegangan sebanyak 20 peratus dalam Sun Direct, merupakan peneraju penyedia perkhidmatan televisyen satelit terus kepada rumah di India terus untuk berkembang ekoran permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan itu.
''Sun Direct kini mempunyai 2.5 juta pelanggan,'' katanya.
Hutang punca pejawat awam amal rasuah
Laporan itu juga menyatakan amalan rasuah berleluasa di kalangan penjawat awam kerana ramai masih keliru dengan skop perbuatan yang dianggap rasuah atau sebaliknya.
Kajian persepsi awam terhadap rasuah yang dilakukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati agensi penguat kuasa undang-undang kekal sebagai golongan yang paling terdedah kepada risiko rasuah termasuk polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kira-kira 70 peratus gejala rasuah dalam perkhidmatan awam membabitkan 10 jabatan kerajaan, terutama agensi penguatkuasaan dan agensi kerajaan yang mempunyai keanggotaan besar.
Dalam konteks perundangan, kajian antara 2007 hingga 2008 itu mendapati masih ada anggota perkhidmatan awam kurang jelas mengenai penakrifan rasuah seperti penerimaan hadiah dan percanggahan kepentingan.
Walaupun Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 membawa banyak pembaharuan berbanding Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang dimansuhkan, tidak ada penakrifan khusus mengenai istilah rasuah, sebaliknya hanya membuat takrifan mengenai ‘suapan’.
Sehubungan itu, Laporan Tekad mengesyorkan program kesedaran mengenai rasuah, terutama amalan yang boleh ditakrifkan sebagai rasuah perlu diperhebatkan untuk penjawat awam dan orang awam supaya tidak timbul kekeliruan mengenai apa yang dibolehkan dan yang dilarang.
Pada masa sama, IIM, menerusi Pelan Integriti Nasional (PIN), berusaha mengurangkan gejala rasuah dengan sasaran menaikkan 5.2 mata Persepsi Indeks Rasuah (CPI) yang ditetapkan pada 2003 kepada 6.5 mata menjelang 2008.
Sejak lima tahun PIN dilancarkan, pelbagai pendekatan serta usaha dilakukan bagi membanteras rasuah tetapi negara hanya memperoleh 5.1 mata bagi 2007 dan 2008 berbanding mata tertinggi 5.32 pada 1994 dan terendah 4.8 pada 2000.
Rasuah juga mengakibatkan pengaliran keluar modal kerana kebanyakan perolehan haram ini disimpan di bank pesisir pantai, manakala kajian Suruhanjaya eropah mendapati antara 10 hingga 20 peratus kenaikan harga barang berpunca daripada rasuah.
ASM bayar 6.25 sen seunit
PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) semalam mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.25 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009.
Kadar itu menurun 1.55 sen berbanding 7.8 sen yang diagihkan pada tahun kewangan sebelumnya, dan juga adalah pengagihan pendapatan terendah sejak ASM dilancarkan pada April 2000.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan sebanyak 6.25 sen itu akan membabitkan pengagihan pendapatan berjumlah RM407.58 juta kepada 402,513 pemegang unit yang melanggan 7.21 bilion unit ASM.
Katanya, tahun kewangan ASM yang berakhir 31 Mac 2009 adalah tahun kewangan yang mencabar berikutan suasana pelaburan global yang terjejas teruk akibat krisis kewangan global.
“Sebagai tabung ekuiti pendapatan berharga tetap, pengekalan modal menjadi keutamaan ASM. Strategi pelaburan berhemat membantu meningkatkan kemampuan ASM mengagihkan pendapatan secara berterusan pada tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan pengagihan pendapatan ASM di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Presiden merangkap Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
ASM yang diuruskan anak syarikat PNB, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) adalah dana ekuiti pendapatan berharga tetap RM1. Ia bermatlamat memberi peluang pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang untuk menjana pelaburan kompetitif dan berterusan menerusi pelaburan dalam portfolio dipelbagaikan.
Ahmad Sarji menjelaskan, setakat 13 Mac lalu, ASM memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM440.73 juta yang RM219.33 juta atau 49.76 peratus disumbangkan oleh pendapatan dividen daripada pelaburan syarikat.
Katanya, sebanyak RM137.84 juta atau 31.28 peratus disumbangkan oleh keuntungan penjualan saham syarikat, manakala RM83.56 juta (18.96 peratus) daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek.
Beliau berkata, pengiraan pendapatan ASM dilaksanakan menerusi pelaburan semula yang dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 April 2009.
“Bagi tujuan pengiraan pendapatan itu, semua urus niaga bagi ASM di pejabat dan ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 25 Mac hingga 31 Mac 2009,” katanya.
Ahmad Sarji menambah, pemegang unit boleh mengemaskini buku masing-masing mulai 1 April 2009.
apabila urus niaga dibuka seperti biasa dan penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai pertengahan Mei 2009.
Sementara itu, Hamad Kama Piah berkata, PNB mempunyai keupayaan mengagihkan pendapatan 7.92 sen bagi ASM, tetapi menyifatkan 6.25 sen adalah munasabah dengan mengambil kira keadaan pasaran ketika ini.
Katanya, PNB ketika ini menguruskan 7.6 bilion unit ASM yang mana 2.1 bilion daripadanya adalah rizab tunai yang akan digunakan bagi membeli saham syarikat yang kukuh.
“Kami menyimpan tunai bagi peluang pembelian saham di pasaran. Antara langkah yang diambil termasuk meninjau saham yang kini diniagakan di bawah nilai sebenar,” katanya sambil menambah PNB akan membeli saham terpilih, namun enggan mengumumkan sektor berkenaan.
Tuesday, March 17, 2009
MENGAPA kadar dividen KWSP lebih rendah untuk tahun 2008 berbanding 2007?
Peruntukan susut nilai ekuiti RM4.69 bilion
MENGAPA kadar dividen KWSP lebih rendah untuk tahun 2008 berbanding 2007?
Lembaga KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen 4.5 peratus bagi tahun 2008. Kadar dividen ini adalah lebih rendah berbanding 2007 berikutan peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan kesan daripada penurunan mendadak harga pasaran ekuiti global akibat krisis kewangan dunia.
Walaupun KWSP memperoleh pendapatan kasar tertinggi pernah dicapai pada tahun 2008, KWSP perlu menyediakan peruntukan rosot nilai ekuiti sebanyak RM4.69 bilion berikutan penurunan menjunam harga pasaran ekuiti yang dicetuskan oleh krisis kewangan global.
Peruntukan ini telah mengurangkan dengan ketara pendapatan bersih KWSP. Bagaimanapun, peruntukan ini masih tidak nyata kerana KWSP belum menjual saham tersebut. Apabila pasaran ekuiti pulih nanti, peruntukan ini akan dimasukkan semula ke dalam akaun KWSP.
Bagaimanapun, kadar dividen KWSP adalah lebih baik berbanding kadar simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank di Malaysia. Sebagai contoh, kadar simpanan tetap semasa bank Malaysia bagi 12 bulan adalah sebanyak 2.50 peratus.
Selain itu, jumlah yang perlu dibayar kepada ahli bagi satu peratus dividen juga turut meningkat bagi 2008. Pada 2008, KWSP perlu membayar RM3.18 bilion bagi satu peratus dividen berbanding hanya RM2.89 bilion pada 2007.
Kenapa peruntukan rosot nilai untuk tahun 2008 lebih besar?
Peruntukan rosot nilai ekuiti bagi 2008 ialah RM4.69 bilion. Daripada jumlah tersebut, RM3.2 bilion diperuntukkan untuk ekuiti luar negara. Peruntukan ini adalah jauh lebih tinggi daripada peruntukan rosot nilai ekuiti bagi 2007 yang hanya berjumlah RM0.52 bilion.
Peruntukan ini dibuat kesan daripada penurunan ketara dalam pasaran ekuiti terutamanya pada suku tahun keempat 2008. Bagaimanapun, KWSP yakin bahawa peruntukan ini akan dimasukkan semula ke dalam akaun KWSP apabila pasaran ekuiti kembali pulih.
Walaupun peruntukan rosot nilai perlu dibuat, ekuiti kekal sebagai penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan kasar KWSP dengan memberikan pulangan sebanyak RM6.67 bilion pada 2008 berbanding RM5.37 bilion pada 2007.
Perlu juga ditekankan bahawa prestasi KWSP adalah lebih baik berbanding kebanyakan dana lain di seluruh dunia.
Apakah ramalan KWSP untuk tahun ini?
KWSP bersedia menghadapi tahun 2009 yang lebih sukar kesan daripada krisis kewangan global yang terus dirasai. Kami menjangkakan tahun 2009 akan menjadi tahun yang amat mencabar. Sehubungan itu, kadar dividen bagi 2009 juga dijangka tidak akan lebih tinggi berbanding 2008.
Bagaimana KWSP boleh mengisytiharkan dividen lapan peratus pada tahun 80-an?
Sekitar tahun 80-an, pelaburan KWSP sebahagian besarnya tertumpu dalam pelaburan berteraskan faedah seperti Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM).
Pada ketika itu, rejim kadar faedah adalah tinggi dengan Kadar Pinjaman Asas (BLR) mencecah 12.25 peratus pada 1984 berbanding kadar BLR pada masa kini yang ketara lebih rendah. Sebagai contoh, kadar semasa simpanan tetap 12 bulan yang ditawarkan Maybank setakat Mac 2009 adalah sebanyak 2.5 peratus sahaja.
Dalam hubungan ini, pelaburan dalam SKM semasa era tersebut mampu menjana pulangan yang tinggi untuk KWSP, sekali gus membolehkan KWSP mengisytiharkan kadar dividennya yang tertinggi. Bagaimanapun, rejim kadar faedah yang tinggi juga bermakna kos pinjaman perumahan dan sewa beli adalah lebih tinggi berbanding sekarang.
Dalam keadaan sekarang, adakah simpanan pencarum dalam KWSP selamat?
Simpanan anda di KWSP adalah selamat. Sebagai sebuah dana persaraan, kami sentiasa mengekalkan polisi pelaburan yang berhemah dan berisiko rendah yang turut disokong oleh penyelidikan yang menyeluruh selaras dengan amalan terbaik pelaburan.
Simpanan KWSP juga dijamin akan menerima dividen tidak kurang daripada 2.5 peratus seperti dinyatakan dalam Akta KWSP 1991.
Kenapa tabung simpanan lain di Malaysia mampu memberikan dividen yang lebih tinggi daripada KWSP?
Setiap tabung simpanan mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang berbeza. Begitu juga KWSP. Sebagai sebuah tabung persaraan, KWSP sentiasa berhati-hati dalam pelaburannya. Pelaburan dibuat secara berhemah dan tidak mendedahkan pelaburan ahli dalam pelaburan berisiko tinggi.
Tabung-tabung simpanan lain juga mempunyai saiz dana yang lebih kecil berbanding KWSP yang mempunyai saiz dana sebanyak RM340 bilion. Dana yang kecil lebih mudah diuruskan terutamanya dari aspek pergerakan peruntukan aset dan penjualan saham.
Dividen KWSP 4.5 peratus
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh AU YEONG HOW
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Mac - Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 4.5 peratus bagi tahun 2008.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, dividen tersebut yang diluluskan oleh Menteri Kewangan akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada 23 Mac ini.
Menurutnya, kadar dividen tersebut lebih rendah berbanding 2007 disebabkan peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan.
Katanya, ini ekoran kejatuhan menjunam nilai pasaran ekuiti global akibat krisis kewangan dunia sekali gus menyebabkan penurunan ketara pendapatan bersih kumpulan wang tersebut.
''Bagaimanapun KWSP mencatatkan pendapatan kasar tertinggi pernah dicapai sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008, meningkat 9.36 peratus berbanding pendapatan kasar tahun sebelumnya sebanyak RM18.29 bilion,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
KWSP memperuntukkan sebanyak RM4.69 bilion pada 2008 untuk rosot nilai pelaburan ekuiti dalam dan luar negara, berbanding hanya RM0.52 bilion pada 2007.
Daripada jumlah peruntukan 2008, sebanyak RM3.2 bilion diperuntukkan untuk ekuiti luar negara.
Sementara itu, Samsudin berkata, pendapatan bersih KWSP pada 2008 ialah RM14.26 bilion selepas ditolak peruntukan rosot nilai ekuiti dan hutang ragu, bayaran dividen untuk pengeluaran, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan bayaran manfaat kematian serta hilang upaya.
Jelasnya, jumlah itu merupakan penurunan 15.47 peratus berbanding pendapatan bersih 2007 sebanyak RM16.87 bilion.
Pada masa yang sama, Samsudin berkata, ekuiti masih merupakan antara penyumbang terbesar kepada pulangan KWSP pada 2008, mewakili 34.82 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP.
''Ekuiti memberikan pulangan kedua terbesar kepada KWSP sebanyak RM6.67 bilion pada 2008 berbanding RM5.37 bilion pada 2007.
"Sehingga September tahun lepas, KWSP telah menunjukkan prestasi yang baik dalam ekuiti,'' katanya.
Tambah beliau, berikutan krisis kewangan dunia, prestasi pelaburan ekuiti KWSP jatuh kurang daripada 20 peratus, seterusnya memberikan kesan kepada bayaran dividen.
Bagaimanapun, katanya, prestasi KWSP adalah lebih baik berbanding dengan indeks komposit Bursa Malaysia yang merosot kira-kira 40 peratus dari akhir Disember 2007 hingga Disember 2008.
Mengenai pinjaman dan bon pula, Samsudin memberitahu, pinjaman dan bon merupakan penyumbang terbesar pendapatan kasar KWSP pada 2008 dengan mencatatkan pulangan RM6.78 bilion berbanding RM5.91 bilion pada 2007.
Katanya, sekuriti kerajaan pula merupakan penyumbang ketiga terbesar pendapatan dengan memperoleh pulangan RM4.94 bilion berbanding RM4.88 bilion pada tahun sebelumnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Samsudin berkata, setakat 31 Disember 2008, jumlah keseluruhan dana pelaburan KWSP meningkat sebanyak RM28.99 bilion kepada RM342 bilion berbanding RM313.01 bilion pada 2007.
"KWSP bersedia menghadapi tahun 2009 yang lebih mencabar kesan krisis kewangan global yang masih berterusan.
''Bagaimanapun KWSP perlu sentiasa berhati-hati dan terus berusaha memberikan pulangan untuk faedah semua ahli melalui strategi pelaburan yang berhemah,'' katanya.
Monday, March 16, 2009
Kebebasan dalam Menuntut Ilmu
Senario hari ini.
Ramai org antara kita yang kagum dengan pencapaian pelajar yang semakin lama semakin ganas iaitu dapat straight A dalam seluruh mata pelajaran yang dia ambil. Ramai yang beranggapan yang dapat banyak A itu mmg power giler, tapi yang dapat E itu mmg banggang giler. Lebih memburukkan keadaan ialah orang tua kita membeza2xkan membandingkan pencapaian anak mereka dengan anak orang lain yang dapat banyak A.
Ini berlaku kerana yang banyak dapat A itu memperolehi result begitu kerana serapan pengetahuan orang itu sesuai dengan bentuk pelajaran begitu iaitu duduk diam2x dalam kelas sambil ada orang ajar kat depan.
Yang dapat banyak E itu, serapan pengetahuan begitu tidak sesuai. Mungkin cara/kaedah lain itu sesuai dengan individu seperti ini.Masalahnya "orang kita" yang power itu malas berfikir untuk membentuk sistem pendidikan yang sesuai dengan orang yg banyak dapat E.
Ingat, jangan mindsetkan otak korang yang kalo dah ada anak itu belajar sampai bleh rasa nak lari rumah.
Teori Decoupling: Kita lambat
ainul.ahsan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 15 Mac - Teori decoupling yang merujuk kepada ekonomi Asia tidak bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat (AS) merupakan punca utama kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia mengambil langkah yang agak lewat dalam menangani krisis ekonomi global.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, seperti negara-negara lain, Malaysia juga pada awalnya turut mempercayai teori tersebut berdasarkan ia menjadi pandangan kebanyakan pakar ekonomi dunia, selain melihat pertumbuhan kukuh ekonomi India, China, Jepun dan Timur Tengah pada tahun lalu.
''Kita ingat teori decoupling tersebut benar memandangkan Malaysia sendiri tidak bergantung 100 peratus kepada AS.
Beliau mengakui, kerajaan mula sedar masalah ekonomi semakin mencabar dan memberi ancaman kepada negara apabila mendapati prestasi ekonomi negara semakin menyusut pada bulan November dan Disember tahun lalu serta Januari tahun ini.
''Malaysia memang langsung tidak menyangka keadaan ekonomi akan menjadi buruk apabila akhirnya China dan India juga terjejas kerana bergantung kepada AS.
''Apa yang boleh dikatakan ialah tidak ada satu negara pun yang terkecuali daripada kemelut ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di sini, baru-baru ini.
Menurut beliau, faktor itu menyebabkan Kerajaan Pusat perlu memberi peruntukan besar dalam pakej rangsangan ekonomi kedua yang bernilai RM60 bilion memandangkan ekonomi negara kini dalam keadaan tidak selesa.
Katanya, peruntukan besar itu bukan sahaja bertujuan untuk mengelakkan Malaysia daripada terjerumus dalam kegawatan tetapi juga mengurangkan impak kegawatan ekonomi.
''Jika tidak, kita khuatir akan terjerumus dalam kegawatan yang lebih serius ,'' katanya.
Mengulas mengenai dakwaan para penganalisis tempatan bahawa Malaysia akan mengalami kemelesetan teknikal, Menteri Kewangan Kedua itu berkata, ''kemelesetan teknikal tersebut tidak penting sangat kerana ia berlaku apabila negara mencatatkan pertumbuhan negatif pada dua suku berturut-turut tetapi kita belum menghadapinya lagi''.
Malah, ketika ditanya mengenai prestasi ekonomi pada suku pertama, Nor Mohamed berkata, ia belum diketahui lagi tetapi berpendapat dalam keadaan sekarang sudah pasti 'angka-angka' yang ada tidak begitu menggembirakan.
Oleh sebab itu, beliau berkata, Kerajaan Pusat kini bersungguh-sungguh memastikan setiap perincian dalam pakej rangsangan kedua itu dilaksanakan dengan cara terbaik dan berkesan supaya Malaysia mampu mencapai pertumbuhan sekurang-kurangnya satu peratus.
Jika tidak, dikhuatiri ekonomi Malaysia boleh menyusut kepada -25 peratus, tegasnya.
Meskipun begitu, beliau tetap melahirkan kebimbangan kemungkinan Malaysia akan mengalami kemelesetan sekiranya semua langkah pemulihan yang dilaksanakan di AS tidak berjaya.
''Dalam keadaan sekarang, kita cuma menaruh harapan AS dapat mula kembali stabil lebih cepat supaya ekonomi kita kembali stabil kemungkinan besar pada suku keempat,'' tambah beliau.
Mengulas lanjut, Nor Mohamed yang turut terlibat dalam menangani krisis ekonomi Asia 1997/98 mengakui krisis ekonomi semasa adalah lebih hebat dan lebih mencabar.
Cuma, Malaysia masih mempunyai kelebihan daripada sistem kewangan yang begitu utuh, sekali gus membolehkan negara menggunakan kaedah kredit untuk memastikan negara mempunyai aliran tunai.
Mengulas mengenai kebimbangan peningkatan defisit berikutan peruntukan besar dalam pakej kedua itu, beliau berkata, kadar 7.6 peratus adalah paras yang masih boleh diuruskan.
''Kalau kita berbelanja RM10 bilion hingga RM15 bilion, defisit meningkat sebanyak tujuh peratus tetapi kita tidak semestinya mengunakan dana kerajaan sahaja.
''Sistem perbankan kukuh, modal kita masih tinggi iaitu 13 peratus sedangkan minimum lapan peratus, nisbah hutang tertunggak pula 2.5 peratus sahaja dan kecairan hampir RM200 bilion. Jadi kita kena menggunakan sistem yang ada dengan sebaik mungkin.
''Defisit tidak begitu penting dalam keadaan sekarang kerana apabila ekonomi kembali pulih, negara mempunyai pilihan untuk mengatasinya,'' ujar beliau.
Friday, March 13, 2009
Mungkin korang tertanya2x..sape lah gerangan orang yang teman highlight nie.Sedang teman jalan2x di website suruhanjaya sekuriti teman usha la laporan organisasi tersebut di http://www.sc.com.my/eng/html/resources/annual/ar2008_eng/pdf_eng/9_Part6.pdf
For me, teman amat mengenali orang itoo... kerana sepanjang teman berkhidmat di Melaka, beliau adalah membuatkan orang lain keluh kesah disebabkan asal mesyuarat aje... mesti ada orang kena fire kaw2x. Rasa nak letak jawatan pun ada disebabkan beliau ito.. Ramai pegawai dan pegarah tempat teman keja nie..habis dikerjakannya. Termasuk lah pengarah teman sblm nie...resign disebabkan oleh beliau.
Ramai la jugak mencemuh beliau.
Setelah teman ternampak gambar ini dalam organiasasi Suruhanjaya Sekuriti, maka bukanlah calang2x individu hadir di organisasi ini.
Dan sememangnya, beliau ito....berkeredibiliti.
Thursday, March 12, 2009
Pelajar Lepasan SPM
Hari nie rumah teman dikunjungi oleh anak jiran. Baru je lepas ambil result SPM. Bile tengok resultnye, dah roper result SPM teman dulu je...Anyway, tahniah kepada dier kerana dengan usaha belajornya dia dapat result mcm itu.
Cuma dia tak happy giler2x kerana resultnya tak match dengan sasaran parents ( harapan ) dier.
Kunjungan dier datang belajar untuk mendapatkan khidmat nasihat peribadi dari orang rumah teman tentang what to do next. Sbg cthnya...kalo nak masuk U, nak ambik course ape.. dll.
Bagi teman...masalah bagi anak muda seperti dier dan teman time dulu2x adalah tak tahu nak jadi apa. Mak teman dulu suruh masuk belajo kat U. Waktu tue..teman langsung tak minat nak belajo dah. Disebabkan tak mo kecewakan mak, teman masuk le U dengan memilih course yang teman rasa macam best aje. Maka dengan ruggednye, teman pangkah sains komputer dengan fikiran.... MACAM BEST. Maklum le..zaman tue...ramai orang tak tahu pasal komputer2x nie..
Masalah kiteorang berdua sama aje. Dan teman percaya masalah kiteorang berdua sama jugak dengan orang lain iaitu tak tahu nak kemana selepas ini...
Wednesday, March 11, 2009
ISO VS Learning Organisation
teman baru je baca pasal learning organization kupasan dari En. Nik Zafri bin Abdul Majid di http://www.geocities.com/nikzafri/lo.html
Menurut beliau bagi organisasi yang berusaha utk dapatkan yg terbaik, kita menceduk / implementasi sistem pengurusan. Sebagai contoh adalah organisasi tempat teman bekerja iaitu implement ISO 9001:2008.
Menurut beliau lagi:
Persoalan
Kalo macam tue.."tak kena" le sistem pengurusan yang teman incharge kat organisasi teman....Nama organisasi teman pun k-ekonomi, mesti la berteraskan k-ekonomi dalam memberikan perkhidmatan. Dah tentu la kena ikut template dari learning growth seperti apa yang dikatakan oleh en nik tue..
Apa kata rakan2x yang lain
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------Al-Al-Kauthar
[1]
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
An-Nasr
[1]
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2]
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Quraisy
[1]
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
[2]
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
[3]
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
[4]
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Tuesday, March 10, 2009
Kenape 'Leaders' Gagal Untuk Memotivasikan Orang
Banyak sebab mengapa kaedah motivasi dalam organisasi gagal. Banyak program peningkatan motivasi dalam organisasi lebih membawa keburukan dari kebaikan. Lebih daripada 300 organsasi di Asia, kita mengenalpasti 6 kekurangan implementasi motivasi iaitu:
- Tiada objektif yang boleh diukur
- Sistem Pengurusan Kemajuan yang tidak jelas
- Menidakkan disiplin sebagai salah satu bentuk motivasi
- Praktis "leadership" yang tidak adil.
- menganggap motivasi sebagai projek "one-off"
- Tidak menyentuh punca utama bagi masalah moral
Salah satu sebab am mengapa menyebabkan moral kakitangan yang rendah adalah ketidakadilan praktis leadership. Ada banyak ketidakadilan praktis leadership dalam organisasi. Favouritism adalah merupakan ketidakadilan praktis leadership dan sudah tentu kaedah bagi demoralise kakitangan dan menyebabkan tahap produktiviti yang lemah. Oleh yang sedemkian, leaders, yang mana biased dalam mengukur prestasi dan memberi reward kepada invididu berdasarkan mereka suka individu tersebut berbanding prestasi, sebenarnya mengamalkan favouritism.
6. Tidak menyentuh punca utama bagi masalah moral
Selalunya leaders menganalisa penyebab prestasi kerja yang lemah dengan salah tafsir dan memberikan solution yang ineffective untuk settlekan masalah tersebut.
ada 4 punca kenapa manusia berprestasi lemah :
- Mereka tidak tahu apa yg patut dibuat.Selalunya disebabkan arah tuju yang tidak jelas dan komunikasi yang lemah, manusia keliru atas apa yang perlu mereka buat.
- Mereka tidak tahu buat. Leaders dalam organisasi selalunya kerja terburu2x dan sediakan masa yang singkat bagi melatih dan mengajar kakitangannya. Oleh yang sedemikian, kakitangan tidak boleh melakukan tugasan dengan baik, bukan mereka tidak mahu buat, tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Mereka kurang pengetahuan, skil dan pengalaman. Tanpa bimbingan yang baik, prestasi mereka hancus.
- Mereka tidak tahu mengapa kenapa mereka perlu lakukan tugas yang diberi. Mereka tidak tahu rasional tersirat untuk tugasan itu. Selalunya, mereka akan menyoalkan yang bukanlah mereka yang patut melaksanakan tugas. sepatutnya orang lain. Selepas mereka terima tugas tersebut, mereka akan kurang komitmen dan tugasan kurang berkualiti.
- Ada halangan di luar kawalan mereka. Prestasi kakitangan akan menjadi sukar disebabkan banyak halangan dalam tempat kerja, diluar kawalan mereka. Sebagai contoh, budget yang tidak cukup, tiada bantuan pihak pengurusan dan kerap menukar hala tuju, dimana akan affect prestasi kerja.
Terjemahan kasar daripada majalah Management Jul-Sep 2008 Vol. 43 No 3. m/s 43
Sunday, March 8, 2009
Bahasa Melayu
Ini adalah kali ke-2 teman mahu mengupas isu Bahasa Melayu. Rupa2xnya dah ada perarakan membantah isu penggunaan bahasa Melayu. Dan, tidak kusangka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pun turut 'turun padang' dalam membantah isu tersebut bersama-sama pejuang bahasa melayu yang lain.
Sedang teman berjalan2x dari satu blog ke satu blog, mata teman ternampak pendapat dua individu di blog ini http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/02/fatwa-datuk-samad-said-halal-menentang.html seperti gambar di bawah.
Cukup2x lah tue..janganlah kita menambah benda2x yang boleh menyukarkan generasi yang datang. Teruskan dengan penggunaan bahasa kita. Anyway, keperihatinan mereka dalam memartabatkan bahasa Melayu amat teman kagumi.
Sapa lagi kalau kita tak perjuangkan bahasa kita, kalau bukan kita yang berbangsa Melayu
Example Of ethic Person
Refer to : http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=112129&page=108
Terima kasih kerana sudi menggunakan material teman bagi menjadikan bahan rujukan bagi perbincangan berkenaan artikel teman bertajuk Arab City (http://theministryofmind.blogspot.com/2009/03/arab-city.html dan beretika dalam menggunakan bahan rujukan orang lain.
Diharapkan agar rakan2x yang lain dapat mencontohi keluhuran seperti daeng_jal
p/s : Tak sangka...ada orang gunakan material dari blog teman...
Man Laksa : Analisa
Mungkin ramai diantara kalangan pembaca blog teman ini setuju bahawa cite nie ntahapehape ntah.. banyak tak logik dari logiknya. Sebagai contoh, scene mat kilau terbang nyanyikan cik mek molek.
Kalo sape2x yang tengok sehingga ke akhir filem tersebut, mmg lah patut cite tue banyak tak logik kerana..........hanyalah angan2x di sepanjang cite tersebut.
Bagi teman....apa yang penerbit/pengarah filem tersebut cuba sampaikan dalam filem tersebut adalah bagi mengimbau kembali nastolgia orang dulu2x tentang suasana kemeriahan 'fun fair' yang dianggap amatlah 'best event' pada waktu tersebut. Maklumlah ...peringkat kampung.
Ianya bersifat local made filem.Hanya orang yang telah melalui zaman/event tersebut akan tersenyum apabila melihat filem tersebut.Masakan tidak, lagu2x lama diputar kembali melalui cerita Man Laksa. Bagi generasi baru seperti saya, apa yang ditayangkan dalam filem tersebut akan terpinga2x melihat apa yang dipaparkan.
Walaupun , teman ini orang kuala...tapi pada zaman 80an, teman tak pernah melalui event tersebut. Dan tak tahu langsung yang adanya event sebegitu berlaku di kampung talang.
Tahniah diucapkan melalui blog ini kepada penerbit/pengarah filem kerana menghasilkan filem garapan idea orang kita dulu2x untuk tatapan generasi akan datang.
Bagi sape2x yang tak pernah tengok cite Man Laksa , dibawah adalah sedutan dari filem tersebut.
Sekian,
Sumber gambar diambil : http://zahir.selampitz.com/wordpress/index.php/archive/review-man-laksa/
Saturday, March 7, 2009
Peperangan di Malaysia
Do It Yourself : Menyelanggara water filter
Orang rumah aku dah mula membebel pasal water filter yang pancutannya semakin lemah. Ini menandakan bahawa keladak dalamnya perlu diselenggara/dibersihkan. Mari teman tunjukkan bagaimana nak selesaikan masalah itooo...
Bahagian yang nak dicuci dikeluarkan
Filter dimasukkan dalam silinder. Dan silinder di'attach' kembali kat portnya. Sebelum water filter bio aura digunakan kembali, test semula water filter untuk tengok samada aliran air deras atau tak. Ternyata, water filter teman berfungsi dengan baik seperti gambo kat atas. Maka, cover ditutup kembali dan letakkan di tempat asal.
Artikel ini ada kena mengena juga dengan artikel teman kat sinie -> http://theministryofmind.blogspot.com/2009/03/apa-ada-pada-air-yang-diminum.html
Gamaknye, syarikat yang buat air minum nie guna kaedah macam nie kot....he3x...