Wednesday, March 18, 2009

46,000 jawatan kosong di sektor awam

SURUHANJAYA Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), diploma dan ijazah termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan akibat kegawatan ekonomi mengisi 46,000 jawatan yang ditawarkan sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T Murugiah, berkata kekosongan jawatan akan diisi segera berikutan tempoh permohonan, temu duga dan latihan akan dipendekkan daripada empat kepada dua bulan.

Katanya, antara jawatan yang ditawarkan ialah jururawat, pegawai pembangunan masyarakat, penguasa Imigresen, pegawai penguatkuasa, jurutera, arkitek, juruterbang/pemeriksa juruterbang, pegawai veterinar, pegawai tadbir dan diplomatik, pegawai pertanian dan 267 skim jawatan yang lain.

Beliau berkata, paling banyak ditawarkan ialah jawatan jururawat membabitkan 4,000 kekosongan yang perlu diisi segera.

"Kerajaan mengalu-alukan penyertaan kaum Cina dan India mengisi jawatan selaras hasrat kerajaan meningkatkan bilangan dua kaum itu dalam perkhidmatan awam.

"Dengan menetapkan kuota 7.4 peratus untuk diisi kaum India, manakala kuota untuk kaum Cina akan diumumkan sikit masa lagi, kerajaan tidak mahu lagi mendengar kritikan bahawa keutamaan hanya diberi kepada kaum Melayu untuk mengisi jawatan sektor awam," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

2 comments:

Anonymous said...

Kaum Cina dan India ni bukan minat nak keje dg gomen... gaji ciput... lebih baik buat biz sendiri. Tapi skrang ni gaji dah naik, tak tau ler kalau depa masih tak mau...

Ya paling mereka takutkan sbb, satu kaum tu dikelilingi oleh seribu org melayu. Mau ker depa bergaul. Hanya mereka2 yg sudah kebiasaan bercampur dg org melayu saja yg boleh terima.

Aidy Shahiezad said...

dulu slalu deal ngan gomen, meeting bahasa melayu je [sebab org melayu keje]... skrg nie, meeting ngan gomen, da banyak kena speaking lak [since cina jadi pegawai]... huhuhu...