Wednesday, March 18, 2009

Hutang punca pejawat awam amal rasuah

LAPORAN Pelan Integriti Nasional - Penilaian dan Hala Tuju (Tekad 2008) yang diumumkan semalam mendedahkan hampir 74 peratus kakitangan awam yang cenderung menerima suapan berpunca daripada terlalu banyak beban hutang dan gagal mengawal perasaan kerana mempunyai lebih ruang serta peluang melakukannya.

Laporan itu juga menyatakan amalan rasuah berleluasa di kalangan penjawat awam kerana ramai masih keliru dengan skop perbuatan yang dianggap rasuah atau sebaliknya.

Kajian persepsi awam terhadap rasuah yang dilakukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati agensi penguat kuasa undang-undang kekal sebagai golongan yang paling terdedah kepada risiko rasuah termasuk polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kira-kira 70 peratus gejala rasuah dalam perkhidmatan awam membabitkan 10 jabatan kerajaan, terutama agensi penguatkuasaan dan agensi kerajaan yang mempunyai keanggotaan besar.

Dalam konteks perundangan, kajian antara 2007 hingga 2008 itu mendapati masih ada anggota perkhidmatan awam kurang jelas mengenai penakrifan rasuah seperti penerimaan hadiah dan percanggahan kepentingan.

Walaupun Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 membawa banyak pembaharuan berbanding Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang dimansuhkan, tidak ada penakrifan khusus mengenai istilah rasuah, sebaliknya hanya membuat takrifan mengenai ‘suapan’.

Sehubungan itu, Laporan Tekad mengesyorkan program kesedaran mengenai rasuah, terutama amalan yang boleh ditakrifkan sebagai rasuah perlu diperhebatkan untuk penjawat awam dan orang awam supaya tidak timbul kekeliruan mengenai apa yang dibolehkan dan yang dilarang.

Pada masa sama, IIM, menerusi Pelan Integriti Nasional (PIN), berusaha mengurangkan gejala rasuah dengan sasaran menaikkan 5.2 mata Persepsi Indeks Rasuah (CPI) yang ditetapkan pada 2003 kepada 6.5 mata menjelang 2008.

Sejak lima tahun PIN dilancarkan, pelbagai pendekatan serta usaha dilakukan bagi membanteras rasuah tetapi negara hanya memperoleh 5.1 mata bagi 2007 dan 2008 berbanding mata tertinggi 5.32 pada 1994 dan terendah 4.8 pada 2000.

Rasuah juga mengakibatkan pengaliran keluar modal kerana kebanyakan perolehan haram ini disimpan di bank pesisir pantai, manakala kajian Suruhanjaya eropah mendapati antara 10 hingga 20 peratus kenaikan harga barang berpunca daripada rasuah.

Justeru, laporan itu turut menekankan kepentingan umum diberi penjelasan mengenai pelbagai bentuk rasuah, bukan saja yang membabitkan pertukaran wang antara dua pihak tetapi merangkumi penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan.

7 comments:

Aidy Shahiezad said...

hutang tue hutang la gak...
yg sampai nak rasuah segala tue nape ?? haram hukumnya... isk... isk..

hrmk said...

dah ..banyak hutang...
nak settlekan cepat2x kena la dpt $ bawah meja..

:::jillian de jill::: said...

awak jangan buat macam ros ali ketam!!!

Aidy Shahiezad said...

uiks, marah bebenor akak kita nie...

hrmk said...

he3x..
tue ko baru baca ayat kat blog ..
blom lagi jumpe orang nye

Anonymous said...

Sekarang ni semua main duit beb... Tak bagi duit tak undi. Siapa beri duit lebih, aku pangkah dia. (But that, not me...)

Anonymous said...

Apa laks akak citer pasal mengundi kan? Mereka bukan ambil rasuah tapi bayaran bagi pertolongan mereka. Tak salah kan? Selagi tak mengambil wang pejabat. Akak rasa ada yang marah dengan akak ni.